Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.

Tuesday, January 22, 2013

Sahabat



Sahabat,
~ biarlah ukhwah yang dibina,bagai seutas tasbih, ada awal, tiada penghujung..dicipta untuk mengingatinya, dicantum untuk dicintainya..diratib demi redhaNya.. ~

~ Terima kasih sahabat,

~ menjadi kakak,untuk menasihatiku,
~ menjadi guru, untuk mendidik ku..
~ menjadi adik untuk menceriakan ku..

Maaf..maaf..maaf,

kerana tidak mampu lakukan yang terbaik..
kerana diri ini tidak mampu mengikut kehendak kalian,
tidak mampu menggembirakan kalian..
maaf dan ku dah cuba yang terbaik dalam ukhwah ini..
moga ukhwah kita hingga bertemuNya.
maaf dan ku juga memaafkanmu..

 Sahabat,

~ yang ku pinta,biarlah ukhwah kita mendapat nilaian disisiNya.. ku doa dari kejauhan, biar bicara tanpa suara, moga kalian kuat dijalanNya..moga kalian dipermudahkan segalanya...walaupun dirimu jauh di sisiku..tetap dalam doaku,tetap dalam ingatan ku.. ~

"...Terima Kasih atas Ukhwah ini..Ukhwah Fillah Abadan abada.."


Monday, January 21, 2013

Terasa..

Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, inshaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."

~ "Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat." ~




Taqwa

Banyak kali kita dengar kalimah taqwa dalam Al-Quran. Tetapi sikit sekali kita tahu tentang makna sebenar tentang kalimah ini.

Taqwa dari segi bahasa bermaksud menjauhi.

Taqwa ini terdapat beberapa khilaf dalam kalangan ulama' tentang maksudnya, ada yang menafsirkan:

1- orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar
2- ada juga yang menafsirkan, orang-orang yang menjauhi segala perkara yang boleh membuatkannya cinta kepada dunia
3- orang-orang yang menjauhi perkara-perkara yang diragui akan haramnya, dan menjauhi perkara-perkara yang haram.

Wednesday, October 17, 2012

Coretan Hati Penulis

                                                              Jagalah ukhuwwah.
                                                                    Jagalah iman.
                                               Jagalah HDA(Hubungan Dengan Allah).
                                                             Jagalah Hidayah-NYA.
                                                 Sebelum kamu kembali kepada-NYA.

                                          " Ya Allah, jagalah aku dari kekosongan jiwa."

Tuesday, October 16, 2012

Bukan solehah untuk si soleh

Mungkin dahulu.
Aku solehah kerana si soleh.

Mungkin dahulu.
Aku begitu gigih berdoa dikurniakan si soleh.
Agar terang jalanku ke syurga.

Mungkin dahulu.
Kuat aku melaungkan, baitul muslim cuma tertegak dengan kesatuan si soleh solehah.
Agar generasi terkemudian diangkat menjadi pejuang agama.

Mungkin juga dahulu.
Aku solehah kerana ingin bermacam-macam.

Harus yang soleh!
Maka harus yang solehah.

Oh!

Aku tidak hidup kerana itu.
Bukan itu matlamat,bukan itu sebab aku dicipta.
Aku kini solehah cuma kerana Allah.

Biar yang soleh lansung tidak memandang.
Dan aku juga sudah tidak mahu memandang,juga dipandang.

Aku sudah tidak punya sebarang rasa.
Biar disenyapkan.
Biar didiamkan.
Biar hilang.

Malah aku yang perlukan Allah.

Nothing


Siapa tahu.

Luaran nampak bahagia.

Dalam menjerit hiba.

Dan kini cuma punya Allah.

Saturday, May 5, 2012





“Yang paling tahu hanya Allah, Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” 
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”