Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.
Tuesday, January 22, 2013
Sahabat
Sahabat,
~ biarlah ukhwah yang dibina,bagai seutas tasbih, ada awal, tiada penghujung..dicipta untuk mengingatinya, dicantum untuk dicintainya..diratib demi redhaNya.. ~
~ Terima kasih sahabat,
~ menjadi kakak,untuk menasihatiku,
~ menjadi guru, untuk mendidik ku..
~ menjadi adik untuk menceriakan ku..
Maaf..maaf..maaf,
kerana tidak mampu lakukan yang terbaik..
kerana diri ini tidak mampu mengikut kehendak kalian,
tidak mampu menggembirakan kalian..
maaf dan ku dah cuba yang terbaik dalam ukhwah ini..
moga ukhwah kita hingga bertemuNya.
maaf dan ku juga memaafkanmu..
Sahabat,
~ yang ku pinta,biarlah ukhwah kita mendapat nilaian disisiNya.. ku doa dari kejauhan, biar bicara tanpa suara, moga kalian kuat dijalanNya..moga kalian dipermudahkan segalanya...walaupun dirimu jauh di sisiku..tetap dalam doaku,tetap dalam ingatan ku.. ~
"...Terima Kasih atas Ukhwah ini..Ukhwah Fillah Abadan abada.."
Monday, January 21, 2013
Terasa..
Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, inshaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."
~ "Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat." ~

Taqwa
Banyak kali kita dengar kalimah taqwa dalam Al-Quran. Tetapi sikit sekali kita tahu tentang makna sebenar tentang kalimah ini.
Taqwa dari segi bahasa bermaksud menjauhi.
Taqwa ini terdapat beberapa khilaf dalam kalangan ulama' tentang maksudnya, ada yang menafsirkan:
1- orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar
2- ada juga yang menafsirkan, orang-orang yang menjauhi segala perkara yang boleh membuatkannya cinta kepada dunia
3- orang-orang yang menjauhi perkara-perkara yang diragui akan haramnya, dan menjauhi perkara-perkara yang haram.

Wednesday, October 17, 2012
Coretan Hati Penulis
Jagalah ukhuwwah.
Jagalah iman.
Jagalah HDA(Hubungan Dengan Allah).
Jagalah Hidayah-NYA.
Sebelum kamu kembali kepada-NYA.
" Ya Allah, jagalah aku dari kekosongan jiwa."
Tuesday, October 16, 2012
Bukan solehah untuk si soleh
Mungkin dahulu.
Aku solehah kerana si soleh.
Mungkin dahulu.
Aku begitu gigih berdoa dikurniakan si soleh.
Agar terang jalanku ke syurga.
Mungkin dahulu.
Kuat aku melaungkan, baitul muslim cuma tertegak dengan kesatuan si soleh solehah.
Agar generasi terkemudian diangkat menjadi pejuang agama.
Mungkin juga dahulu.
Aku solehah kerana ingin bermacam-macam.
Harus yang soleh!
Maka harus yang solehah.
Oh!
Aku tidak hidup kerana itu.
Bukan itu matlamat,bukan itu sebab aku dicipta.
Aku kini solehah cuma kerana Allah.
Biar yang soleh lansung tidak memandang.
Dan aku juga sudah tidak mahu memandang,juga dipandang.
Aku sudah tidak punya sebarang rasa.
Biar disenyapkan.
Biar didiamkan.
Biar hilang.
Malah aku yang perlukan Allah.
Saturday, May 5, 2012
Wednesday, May 2, 2012
Dakwah : Kenapa kita buat semua ini ?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dakwah. Satu perkataan yang terlalu banyak tafsirannya. Kita menafsirkan ia seperti ini. Mak ayah menafsirkan ia seperti itu. Kawan-kawan pula menafsirkan ia begini. Mad'u-mad'u pula menafsirkan ia begitu. Masyarakat pula melihat ia seperti ini. Ustaz-ustaz pula melihat ia seperti itu. Budak belajar agama pula melihat ia seperti begini. Budak yang tidak belajar agama pula melihat ia seperti begitu.
Jadi, kita nak melihat dakwah ini melalui pandangan siapa?!
Hmm. Cukuplah kita lihat ia dengan cahaya Al-Quran dan hikmah kenabian Rasulullah SAW.
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
"Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah," tetapi (dia berkata), "Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!"
[QS Ali 'Imran, 3:79]
Kita akan تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ, iaitu terus-menerus mengajarkan kitab dan تَدْرُسُونَ, iaitu terus menerus mempelajarinya. Itulahرَبَّانِيِّينَ, generasi rabbani. Generasi pengabdi-pengabdi Allah. Generasi yang bukan setakat seronok belajar, tetapi dia juga mengajarkan. Bukan setakat itu, tetapi mereka adalah generasi yang sanggup memperjuangkan ia! Di saat ramai orang mula meninggalkan ia. Masih lagi tegar dalam menyembah dan mengajak manusia menyembah Allah, di saat ramai manusia yang mula meninggalkan Allah dan mengajak manusia lainnya meninggalkan Allah dalam kehidupannya.
Generasi-generasi yang sanggup belapar, berhutang, bermalu, demi meneruskan kerja-kerja tarbiyah, di saat orang ramai mula berlapar, berhutang dan bermalu untuk keinginan rendah dunia. Generasi-generasi yang masih lagi menguras tenaga dan fikirannnya untuk memikirkan solusi kepada permasalahan ummat, di saat orang ramai terus-menerus tenaga dan fikirannya untuk masalah diri masing-masing serta kepentingan dunia masing-masing.
Generasi-generasi yang masih tekun dalam menterjemahkan al-Quran itu dalam bentuk amal dan perbuatan, di saat ramai manusia sekarang hanya mengfokuskan penterjemahan al-Quran itu dalam bentuk tulisan dan kata-kata.
Generasi-generasi yang masih lagi sanggup untuk mengeluarkan segala harta dan nyawanya demi menghidupkan dakwah, di saat orang ramai tidak sanggup berbuat seperti mereka, bahkan mereka berbuat kerana mahu menyelamatkan harta dan nyawa mereka. Generasi ini mengorbankan cita-cita dan cinta dunia mereka untuk Allah, Rasul dan jihad, di saat orang ramai mengorbankan Allah, Rasul dan jihad untuk cita-cita dan cinta mereka pada dunia.
Benarlah kata Rabb semesta alam,
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (kepada Allah)”
[QS Al An’am, 6:116]
Dan, kata-kata utusan seluruh alam, dari Sahabat Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda,
بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
“Islam ini pada awalnya dianggap aneh dan akan kembali menjadi aneh sebagaimana awalnya dan beruntunglah orang-orang yang dianggap aneh saat itu.”
[HR. Muslim dalam Shohihnya, Kitab Iman (145), dan Sunan Ibnu Majah bab Al-Fitan (3986), Musna Imam Ahmad bin Hambal (2/389)]
Dalam Musnad Imam Ahmad disebutkan,
قيل: يا رسول الله من الغرباء؟ قال: الذين يصلحون إذا فسد الناس
Seseorang bertanya, “wahai Rasulullah, siapa mereka orang-orang yang aneh (al-Ghuraba’) ?”, Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang tetap berbuat baik ketika manusia telah rusak.”
[HR. Ahmad dalam Musnadnya (4/74)].
Dalam lafadz lain disebutkan,
الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي
“Orang-orang yang tetap berbuat baik dengan sunnahku (mengamalkan sunnahku) sementara manusia merusaknya (meninggalkan sunnah).”
[HR. Tirmidzi dalam sunannya bab Iman (2630)]
Dalam hadits yang lain disebutkan,
هم أناس صالحون قليل في أناس سوء كثير
“Mereka adalah manusia-manusia sholih yang berjumlah sedikit diantara manusia-manusia jahat/buruk yang berjumlah banyak.”
[HR. Ahmad dalam Musnadnya (2/177)]
Kenapa kita buat semua ini?
Kenapa masih ada generasi yang mahu berbuat seperti ini?
Saya yakin. Pertama, kerana mereka yakin akan pertemuan mereka dengan Rabb mereka. Kerana itu mereka berjuang bermati-matian untuk agama Tuhannya, kerana mereka mahu mempersembahkan sesuatu yang terbaik di hadapan Allah kelak. Sesuatu yang ikhlas hanya kerana Allah. Agar Allah tersenyum kepada mereka.
“Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya.”
[HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Nu’aim bin Hammad]
Kedua, kerana cinta. Cinta itu buta. Cinta itu perlukan pengorbanan. Orang yang beriman, diri mereka telah buta terhadap ujian, tohmahan, kejian, perlian dan kutukan dari manusia yang bertentangan arah dengannya. Orang yang beriman ialah orang yang sanggup berkorban kerana memperjuangkan agama Allah demi menjamin kehidupan akhiratnya. Mereka bukan orang yang menggadaikan agamanya demi kesenangan hidup di dunia. Mata mereka juga telah buta untuk mengejar kemasyhuran dan kemewahan, walaupun mereka adalah orang-orang yang memegang dunia di dalam tangannya, kerana apa? Kerana dunia itu hanya sekadar di tangan, tetapi bukan di hati mereka kerana hati mereka hanya untuk Allah.
Ketiga, kenapa masih ada lagi generasi yang masih lagi susah-susah ketuk bilik ke biilik mengajak orang ke majlis ilmu, liqo Al-Quran, liqo tadabbur atau tadarus? Susah-susah bina halaqoh tapi kemudiannya hilang, gagal, lari. Tidak cukup dengan itu, dia ditaburkan lagi dengan pasir-pasir fitnah yang kadang-kadang membuatkan dia terduduk menangis kerana masih lagi terus-menerus gagal dalam membina halaqoh. Generasi yang sanggup travelling 10-12 jam pergi balik dalam masa sehari semata-mata untuk menghidupkan dakwah di satu-satu tempat, sedangkan hasilnya belum tentu ada lagi. Tajmik 5 orang, yang lari 15 orang kerana yang 5 tadi menghasut yang lainnya jangan ikut dia. Kenapa?
Kerana mereka yakin akan kata-kata Rasulullah SAW,
"Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai mana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
[Riwayat Ahmad]
Mereka faham bahawa mereka mungkin bukanlah orang yang terbaik untuk melahirkan generasi yang akan menjadi tiang-tiang untuk Zaman Kekhalifahan seperti zaman Rasulullah SAW. Tetapi, kesedaran itu bukanlah menjadikan mereka insan yang hanya melihat dan berfikir, tetapi mereka turun berbuat. Walaupun diri mereka masih lagi tidak mendapat tarbiyah yang sempurna, tetapi mereka yakin zaman itu akan hadir. Dan mereka mahu menjadi salah satu daripada penanam-penanam benih kepada generasii yang akan memenangkan Islam pada satu masa nanti, bermula dengan tarbiyah. Mereka mungkin bukan penghuni-penghuni syurga, tetapi mereka akan sentiasa berusaha keras untuk melahirkan generasi-generasi penghuni syurga.
Baru-baru ini, salah seorang yang datang ke ta'lim saya memakai baju bertulis, "Enjin motor ini tidak akan mati selagi aku tidak mati sekali."
Maka, saya mengubah ayat itu menjadi,
"Dakwah ini tidak akan mati, selagi aku tidak mati sekali. Walaupun aku mati, akan aku pastikan dakwah ini terus HIDUP!
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُون نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung kalian dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan apa yang kamu minta.”
[QS Fushilat, 41:30-31]
Kesimpulan
Jadi, ikhwah dan akhwat yang dicintai kerana Allah sekalian. Sabar.. Dan istqomahlah atas jalan yang asing ini. Teruslah berbuat sehingga Allah memenangkan kita dengan Islam, atau kita mati kerananya!
قيل: يا رسول الله من الغرباء؟ قال: الذين يصلحون إذا فسد الناس
Seseorang bertanya, “wahai Rasulullah, siapa mereka orang-orang yang aneh (al-Ghuraba’) ?”, Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang tetap berbuat baik ketika manusia telah rusak.”
[HR. Ahmad dalam Musnadnya (4/74)].
Tuesday, May 1, 2012
Lama tak update blog .. :D
Assalamu'alaikum..
lama tak update blog...
setelah lama meninggalkan blog buat sementara waktu akhirnya kini ku kembali ! :D
lama tak update blog...
setelah lama meninggalkan blog buat sementara waktu akhirnya kini ku kembali ! :D
Monday, December 12, 2011
Indahnya Taubat,jika...
Ka'ab bin Malik
Seorang sahabat yang bernama Ka'ab bin Malik RA tertinggal dari perang Tabuk, hingga Nabi Muhammad SAW marah dan memerintahkan kaum muslimin agar memboikotnya selama lima puluh hari. Dan setelah lima puluh hari, Allah mengampuninya. Al-Quran datang dengan taubat Allah padanya. Ka'ab lantas memasuki masjid setelah ia diboikot lima puluh hari.
Lihat apa kata Rasulullah SAW setelah ia (Ka'ab) diboikot lima puluh hari,
"Wahai Ka'ab, bergembiralah menyambut hari yang paling indah setelah ibumu melahirkanmu,.. Allah tellah mengampunimu."
[HR Bukhari dan Muslim]
Jika anda bertanya kepada seseorang,
"Apa hari yang paling indah bagi kamu?"
Apa yang dia akan katakan? Dia mungkin akan menjawab,
"Hari ketika aku berjaya.. hari ketika aku menikah.. hari itu dan ini."
Sesungguhnya ukhwah sekalian, memang itu semua benar hari yang indah. Tetapi, perlu kita sedar hakikat bahawa hari yang paling indah adalah ketika Allah mengampuni kita... dan ketika kita mengeluarkan maksiat yang memenuhi hati kita dan bertaubat kepada Allah.
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]

Indahnya ampunan
Perhatikanlah hadith ini,
Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata,"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"Rasul menjawab,"Ya. Akan ditulis"Ia bertanya lagi,"Bagaimana jika aku bertaubat?"Rasul menjawab,"Akan dihapus."Ia berkata lagi,"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"Rasul menjawab,"Akan ditulis."Ia berkata lagi,"Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?"Rasul menjawab,"Akan dihapus."Lelaki itupun berkata,"Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan menghapus?"Rasul menjawab,"Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."[HR Thabrani dan al-Hakim]
kata-kata hikmah tentang sahabat
Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.Insya'Allah
Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak..Insya'Allah
Sahabat,Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG.
Sahabat,Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.
Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.
Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.
Sahabat,Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.
Sahabat,Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.
Sahabat,Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan..
Sahabat,jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkoraban demi sahabat kamu itu.jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.
Sahabat,Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu.
Sahabat,Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya
Kehidupan: Untuk Kita Pendosa – Efek Dosa Kepada Hati
Dalam bab ini dan beberapa bab yang mendatang, saya akan mengulang satu hadith yang masyhur.
“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” Hadith riwayat Bukhari.
Kerana kita akan membicarakan berkenaan efek dosa.
Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota.
Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang?
Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita.
Dosa. Menggelapkan jiwa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” Hadith riwayat Al-Baihaqi.
Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.
Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira.. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa.
Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa.
Sedangkan hati adalah raja.
Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir.
Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.
Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.
Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.
Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.
Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka
Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.
Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.
Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?
Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.
Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.
Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.
Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.
Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya.
Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya?
Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa?
Friday, November 11, 2011
Jadilah Manusia Rabbani
سم الله الرحمن الرحيم
كُونُوا رَبَّانِيِّينَ
"Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani"
[QS Ali 'Imran, 3:79]
Pelajarilah ilmu yang bermanfaat, kerjakanlah amal soleh, ajarkanlah hikmah kepada sesama, dan tabahkanlah hati dalam melakukan itu semua! Jika kalian telah melakukannya beerti kalian telah menjadi manusia yang rabbani.
Jadilah pelita dalam kegelapan, penganjur kebaikan, pencegah keburukan, penyebar keutamaan, dan pembuat kebaikan di muka bumi. Jadilah manusia yang dicinta oleh yang ada di langit, maka kalian telah menjadi manusia yang rabbani.
Ajarkan pengetahuan kepada manusia, sampaikan nasihat dengan cara yang baik, ajarkan mereka mencintai Tuhan dan akhirat dan serulah mereka mengesampingkan dunia; jika kalian semua ingin menjadi bijak, alim dan rabbani.
Rendah hatilah pada sesama, sayangilah manusia, cintailah makhluk hidup, tengoklah orang sakit, lepaskan belenggu penderitaan, berilah makan orang yang lapar, bersedekahlah kepada fakir dan miskin, berilah pertolongan pada orang yang kesusahan, dan bantulah orang yang teraniaya. Ini semua adalah perilaku orang yang rabbani.
Alangkah mulia dan terhormatnya kata rabbani! Kata yang besar di hati, besar diucapkan, besar di langit, dan besar di bumi. Akar kata "rabbani" adalah "rabb" ("tuhan"); Tuhan manusia dan Tuhan segala sesuatu. Dengan demikian kata "rabbani" memiliki akar kata kemuliaan dan keagungan. Oleh kerana itu, barang siapa memiliki sifat-sifat rabbani kemudian mendudukkannya sebagaimana mestinya, maka dia telah menjadi rabbani. Gelar ini adalah hal terbesar dalam biodata ulama itu. Dia tidak dikaitkan dengan kampung halaman dan tidak pula kepada kabilah, tetapi langsung dikaitkan kepada Allah, Tuhan (Rabb) semesta alam. Sebuah kehormatan yang besar da sifat yang lebih megah daripada datangnya fajar pagi.
Menurut sebahagian ulama salaf, rabbani itu sendiri adalah orang yang mengharapkan akhirat dan mengesampingkan dunia. Menurut pendapat lain adalah orang yang jika engkau melihatnya, engkau akan teringat kepada Allah dan apabila engkau bergaul dengannya engkau akan mengenal Rasulullah SAW. Pendapat lain mengatakan bahawa barang siapa membuatmu cinta kepada Allah, menyuruhmu bertakwa kepada-Nya, menunjukkan jalan kepadamu, dan mengentaskanmu dari keburukan, dialah manusia yang rabbani.
Manusia rabbani memiliki sifat ikhlas yang tidak dicemari oleh riya, memiliki sifat zuhud yang tidak terkotori oleh keserakahan, memiliki kejujuran yang tidak dicampuri dengan kobohongan, memiliki tekad meneladani Rasul yang tidak tercampur oleh bid'ah, dan menundukkan akal dan hawa nafsu kepada wahyu. Sudah merupakan suatu kewajipan bagi penuntut ilmu dan pengikut Rasulullah SAW untuk berusaha mencapai darjat rabbani dan keimanan dengan seluruh kekuatan yang mereka miliki.
Demi Allah, seseorang akan bangga jika namanya dikaitkan dengan seorang raja di muka bumi. Bahkan di antara mereka sudah merasa bangga jika dikaitkan dengan seorang menteri sahaja atau hanya keturunan penyair atau tentera yang pemberani. Jika demikian, bagaimana keadaan orang yang dikaitkan dengan sang Pemilik kerajaan langit dan bumi, Tuhan semesta alam? Demi Allah, jika telapak kaki ini harus terputus-putus untuk bejalan menghampiri redha-Nya dan pipi harus keriput kerana air mata khusyu' kepada Allah, nescaya itu semua akan terasa ringan.
[Dr. 'Aid bin Abdullah Al-Qarni, Nikmatnya Hidangan Al-Quran, m/s 253-254 (Maghfirah, 2005)]
+++
Itulah sedikit sebanyak mengenai pengertian rabbani. Insya-Allah, kita mohon doa kepada Allah SWT agar kita semua tergolong sebagai generasi rabbani dan juga generasi yang cuba dan melahirkan generasi rabbani yang akan menegakkan semula syiar Islam di seluruh alam. Amin..
Generasi yang bukan hanya seronok belajar kitab sahaja. Tetapi menjadi mereka yang turut menyebarkannya di seluruh alam. Bukan kerana mahukan pulangan dunia, tetapi hanya mengharapkan kesaksian daripada Allah, rasul-Nya serta orang-orang yang beriman.
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
"Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah," tetapi (dia berkata), "Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!"
[QS Ali 'Imran, 3:79]
Friday, October 21, 2011
Hati sebagai sasaran utama dan pertama dalam pendidikan Islam
Bismillahirrahmanirrahim..
Titik awal dalam pendidikan Islam adalah masalah iman. Iman inilah yang terlebih dulu tertanam di jiwa para sahabat sebelum didatangi Al-Quran. Masalah iman ini tersangatlah penting kerana hanya orang-orang yang beriman sahaja yang dapat memanfaati Al-Quran. Al-Quran ini tidak akan dapat menyentuh hati kecuali hati kecil orang-orang yang beriman (mukmin).
Hakikat ini dijelaskan dalam Surah Taubah ayat 124-125 yang bermaksud...
'Dan apabila diturunkan satu surah, maka di antara mereka orang munafik itu berkata ,'Siapakah di antara kamu yang bertambahnya iman dengan (turunnya) surah ini? ' Adapun orang yang beriman , maka surah ini akan menambahkan iman mereka , sedang mereka rasa gembira. Dan adapun orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surah itu bertambahlah kekafiran mereka disamping kekafiran mereka (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir."
Dari ayat di atas, sekiranya kita ingin Al-Quran menyentuh hati kita dengan cara yang betul, dan mendapat manfaat darinya, jadi sangatlah perlu mengubati dahulu hati tersebut agar ia beriman dengan keimanan yang tulus pada Allah SWT. Seluruh perhatian perlulah dipusatkan pada usaha memperbaiki hati sebagai sasaran utama tarbiyyah; kegagalan berbuat demikian pada langkah awal akan mengakibatkan kegagalan pada strategi tarbiyyah., kegagalan dalam mewujudkan peribadi Muslim sejati yang konsisten dalam mematuhi segala perintah Allah secara terus menerus!
Disamping itu, sesungguhnya kegagalan dalam memperbaiki hati mengakibatkan timbulnya pelbagai penyakit hati dan bahkan sering menimbulkan sikap berlebihan dalam amal perbuatan dan tindakan. Keadaan sebegini akan menyebabkan munculnya golongan manusia yang fasik, munafik, pendusta dan murtad disebabkan golongan mereka ini tidak mempunyai hati yang sihat. Mereka ini ditimpa kehancuran duniawi dan ukhrawi kerana tidak berupaya merenungkan Al-Quran dan meresapinya dalam diri disebabkan hatinya yang berpenyakit!
Maka, apa yang penting bagi kita adalah memusatkan seluruh perhatian pada tarbiyyah jiwa sehingga hati tersebut benar-benar jadi sihat. Ini akan memudahkan perjalanan seterusnya menuju Allah disamping dapat menjaga hati dari godaan, tipu daya, bisikan dan fitnah syaitan sama ada syaitan berbentuk jin atau manusia.
Usaha yang bersungguh-sungguh dan serius sangat perlu untuk mendapatkan hati yang sihat. Sejak langkah pertama lagi kita mestilah memulai perhatian kita menghadap dan kembali pada Allah agar mencapai natijah mendapatkan hati yang sihat.
Penjagaan kita pada hati sepatutnya lebih kita titik beratkan dari menjaga perawakan dan penampilan diri kita. Kita korbankan banyak wang ringgit, masa dan tenaga untuk nampak bergaya, smart dan menarik, pergi spa berjam-jam, pergi facial, pergi shopping memilih pakaian yang branded ....tapi kita tidak punya banyak masa nak menggilap hati kita menjadikan hati kita bercahaya, bersih dan sihat.........
Kita risau bila tubuh badan fizikal luaran kita sakit, kita cepat-cepat cari ubat dengan pergi ke doktor untuk mengetahui apakah masalah diri kita.....namun bila hati kita berpenyakit, tidak sihat....adakah kita cepat-cepat mencari ubatnya? Malah, seringkali manusia tidak menyedari hatinya itu tidak sihat dan berpenyakit!!
Apabila kita membicarakan tentang hati bukanlah bererti kita mengabaikan aktiviti berfikir......malah syarat utama untuk perbaiki hati kita perlulah ada ilmu pengetahuan, berfikir , bermakrifat yang mana ia disertai dengan amal perbuatan dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu.
Kita perlu mengetahui cara memperbaiki hati kita supaya hati jadi sihat kembali seperti fitrah asalnya. Hati yang berpenyakit atau hati yang keras merupakan hasil godaan syaitan yang telah merasuk dirinya. Jika kita ingin hati sihat semula kita perlu mengubah hati yang berpenyakit menjadi hati yang sihat dan hati yang keras menjadi hati yang khusyuk.
Dalam kehidupan dunia ini, hati kita seringkali dihujani dengan fitnah jiwa secara terus menerus. Berbagai ujian jiwa kita harungi setiap masa sehingga kadang-kadang kita berjaya menghadapinya dan kadang-kadang kita kecewa. Hati yang bagaimanakah yang dapat menolak fitnah tersebut?
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah perlunya kita membawa hati kita menuju kepada maqam keimanan dan cahaya yang tinggi. Pada tahap permulaan perbaikan hati, betapa pentingnya zikir padaNya, iktikaf dan dan khalwat (menyendiri) yang dipenuhi dengan kegiatan ibadah seperti solat, zikir dan menambah ilmu. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika beribadah selama beberapa malam di gua Hira sebelum datang wahyu pada beliau. Begitu juga yang dilakukan oleh Nabi Musa yang berada di sebuah gunung selama 40 malam.
Juga pada peringkat awal kedatangan Islam, Rasulullah saw dan para sahabatnya di wajibkan solat malam selama hampir satu tahun untuk melalui proses pensucian dan pembentukan hati generasi sahabat yang mulia itu. Perintah ini diturunkan dalam surah Al- Muzammil ayat 1-5 yang bermaksud....
" Hai orang-orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari kecuali sedikit (darinya), (iaitu) satu perdua atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al- Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu perkataan yang berat."
Proses pendidikan yang memfokuskan pada hati sebegini juga telah dilalui oleh para ahli sufi dan didapati mereka ini merupakan orang yang paling berjaya dalam mendidik manusia yang konsisten dengan perintah Allah SWT. Dan diantara amalan yang dimulakan adalah amalan untuk membersihkan hati dengan banyak beristighfar pada Allah SWT. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud....
" Barangsiapa yang terbiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan kepadanya dari setiap kesulitan itu kemudahan dan dari setiap kesempitan itu jalan keluarnya, dan memberi rezeki padanya dari jalan yang tidak terduga." (HR Abu Dawud)
Amalan istighfar ini perlu diusahakan sebanyak mungkin sehingga ia menjadi akhlak kebiasaannya sehingga tercapai manafaat dari istighfar ini bagi mendapatkan cahaya hati. Disamping itu juga perlunya banyak berselawat pada Rasulullah saw kerana selawat ini merupakan jalan ter baik untuk memperoleh hati yang bercahaya. Hadis Rasulullah ada mengatakan......
"Barangsiapa yang berselawat untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali." (HR Ahmad, Muslim dan Abu Dawud)
Sekiranya Allah berselawat untuk kita maka Dia akan mengeluarkan kita dari kegelapan menuju cahaya.
Sama-samalah kita renungi ayat-ayat Al-Quran ini dalam surah Al- Ahzab: 33-43 yang bermaksud.....
" Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya ( memohonkan ampunan untuk mu) supaya dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya( yang terang). Dan Dialah yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."
Untuk menjaga hati kita supaya sentiasa sihat , maka iman yang ada dalam jiwa perlu sentiasa dijaga dan dan diperbaharui. Dalam satu Hadis Rasulullah saw yang bermaksud....
" Perbaharuilah iman kamu! Sahabat-sahabat bertanya," Bagaimana kami memperbaharui iman kami?" Rasulullah menjawab, " Perbanyakkanlah mengucap Laa ila ha illallah." (HR Ahmad, Al-Nasa'i dan Al- Hakim)
Juga, perlunya kita membiasakan diri dengan wirid dan zikir yang terus menerus seperti zikir matsurat yang disusun oleh Imam Hasan Al- Banna dimana didalamnya ada susunan zikir yang matsur dari Rasulullah saw, membaca Al- Quran sekurang-kurang satu juzu sehari, membiasakan qiyamulail, solat wajib berjemaah bagi lelaki, solat sunat Rawatib dan solat Dhuha.
Kebiasaan kita melakukan wirid dan zikir yang tersebut di atas sebenarnya kita memberikan ubat dan khasiat makanan kepada hati kita agar ia tetap dalam keadaan penuh keimanan yang kuat. Hati yang sihat sebeginilah hati yang bercahaya, bersih dan yang dapat meresapi kebesaran Allah dalam diri, insyaAllah. Hati sebeginlah yang ada kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab pada Allah dan menolak kemungkaran dari diri.
Namun apabila hati itu dibiarkan, tidak disirami dan dididik dengan ayat-ayat Allah, zikir padaNya , hati kecil manusia itu akan cenderung pada bisikan syaitan jin atau manusia dan dia akan menuruti bisikan itu ; hati sebegini adalah hati yang berpenyakit dan lama kelamaan ia menjadi semakin kronik yang menyebabkan si pemilik hati tersebut tidak beriman pada Allah dan hari akhirat . Hakikat ini diperjelaskan dalam Surah Al- An'am ayat 113 yang bermaksud......
' Dan (juga) hati kecil orang -orang yang tidak beriman pada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu (bisikan syaitan jin atau manusia), mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan) kerjakan.'
Rasulullah sering saw mengingatkan para sahabatnya supaya sentiasa menjaga keseimbangan dalam amal perbuatan , menjaga hati agar tulus dan ikhlas untuk kembali pada Allah dalam kehidupan. Para sahabat Rasulullah merupakan generasi sahabat yang setelah sekian lama hidup dalam era jahiliyyah yang penuh dengan kesesatan dan penyelewengan; maka apabila mereka menerima kebenaran Islam lantas mereka mengambil Allah dalam kehidupan, menerima kehadiran Allah sebagai pengawal dan penguasa hidup mereka dan mereka sentiasa menempuh jalanNya walaupun berat dan sukar. Inilah sebenarnya bukti keikhlasan dan ketulusan jiwa kembali pada Allah!
Perlunya kita mencontohi para sahabat ini dalam penyerahan hati untuk kembali pada Allah, Islam dan kebenaran. Setelah puas berada dalam jahiliyyah yang penuh kesesatan, mereka menyerahkan seluruh jiwa dan raga mereka untuk Allah dan merasai nikmat berada dalam cahaya Islam! Mereka tidak ingin kembali semula ke alam jahiliyyah setelah mendapat hidayah Allah. Inilah satu-satunya jalan yang dapat mencapai kepada kebahagiaan hidup yang hakiki. Dengan keyakinan inilah mereka tetap berada di atas jalan Allah walaupun terpaksa menghadapi rintangan , kesukaran dan tentangan dari kafir Quraish.
Kita perlu menempuh jalan yang sama, tarbiyyah sama untuk mendapatkan natijah yang sama. Sebenarnya tiada jalan lain yang seharusnya kita ikuti melainkan inilah satu-satunya jalan untuk kita
lalui. Maka sama-samalah kita mohon taufik dan hidayah padaNya supaya kita dapat berada di atas jalan yang lurus ini bersama-sama dengan kaum keluarga kita, anak-anak, suami-isteri kita ,sahabat handai kita.......InsyaAllah.

Rujukan
Pendidikan Spiritual
Syeikh Said Hawwa
Pendidikan Spiritual
Syeikh Said Hawwa
CINTA SEJATI-SATU PERJALANAN MAYA
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
______________

Saturday, October 15, 2011
10 cara agar di cintai ALLAH
Oleh: Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
Sesungguhnya sebab-sebab yang dapat mendatangkan kecintaan (dari Allah subhanahu wa ta'ala) ada sepuluh sebab:
1.Membaca dan mentadaburi Al-Qur'an, serta memahami makna-maknanya dan maksud yang terkandung di dalamnya
2.Mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala dengan menjalankan amalan-amalan sunat sesudah menyempurnakan amalan wajib
3.Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan, baik dengan lisan, hati, perbuatan mahu pun keadaan, kerana kadar kecintaan bergantung pada zikir
4.Mengutamakan apa-apa yang Allah cintai daripada apa yang engkau cintai ketika hawa nafsu sedang menguasai
5.Hati senantiasa menelaah dan memperhatikan nama-nama Allah dan sifat-sifatnya, dan mendalaminya di taman dan medan ilmu pengetahuan ini
6.Menyaksikan berbagai kebaikan dan nikmat Allah yang lahir dan batin
7.Merasa rendah dan tunduk hatinya di hadapan Allah, dan ini merupakan sebab yang sangat menakjubkan
8.Menyendiri (untuk beribadah) pada waktu turunnya Allah (ke langit dunia pada sepertiga terakhir dari waktu malam) dan membaca kitab-Nya, lalu menutupnya dengan istighfar dan taubat
9.Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah dengan jujur, mengambil buah yang baik dari perkataan mereka, dan engkau tidak berbicara kecuali jika nampak kuat adanya maslahat dalam berbicara dan engkau tahu akan menambah manfaat bagi dirimu dan orang lain
10.Menjauhi setiap sebab yang akan menjadi penghalang antara hati dengan Allah
Sikap Jujur Membawa Ke Syurga
AbuAqil Adnan
Jujur merupakan akhlak terpenting bagi seorang muslim dan merupakan asas tertegaknya agama ini.
Antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan ini ialah istiqamah dalam bersikap jujur dan berkata sesuatu yang benar. Kadang-kadang kita memilih untuk berdusta semata-mata ingin menutup aib diri, melepaskan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini sepatutnya dihindari kerana pendustaan yang pertama itu akan memerlukan kepada pendustaan yang seterusnya.
Baca dan hayatilah maksud hadis nabi ini yang bermaksud :
“Hendaklah kamu selalu jujur, kerana sesungguhnya jujur itu akan membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu akan membawa kepada syurga. Dan tidaklah seseorang selalu berkata jujur dan berusaha menetapi kejujuran, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang sangat jujur. Dan hendaklah kamu selalu menjauhi dusta, kerana sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada kemaksiatan, dan sesungguhnya kemaksiatan itu akan membawa ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berkata dusta dan selalu memilih pendustaan, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang pendusta [ Imam Muslim ]
Bersama-samalah kita berusaha untuk sentiasa bercakap benar, sentiasa bersikap jujur dan cuba menghindari dari melakukan pembohongan dan pendustaan. Jangan sampai kita dicop sebagai pembohong atau penipu kerana pasti sikap negatif itu akan menjerumuskan kita ke lembah neraka.
Sentiasalah berkata benar walaupun kadang kala terpaksa menerima impak negatif. Ini sesuai
dengan Pepatah arab :
قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا
Berkata benarlah walaupun pahit.
Subscribe to:
Posts (Atom)