Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.

Friday, June 17, 2011

Wahai adam..Sombongnya aku !





.Sombongnya aku...

-Sombongnya aku kerana ingin menjaga batas pergaulan antara kau dan aku

-Sombongnya aku kerana ingin mengelak dari didekatimu

-Sombongnya aku kerana ingin menjaga maruah diri dan keluarga

-Sombongnya aku kerana mengelak diri ku dan kamu dari terjerumus ke lembah maksiat dan zina

-Sombongnya aku kerana mengelak dari dikejar oleh dosa-dosa

-Sombongnya aku kerana mengelak dari cair dengan pujuk rayumu

-Sombongnya aku kerana aku takot tergoda dengan janji-janji manismu

-Sombongnya aku kerana aku takut akan mencintaimu melebihi cintaku pada Allah Swt

-Sombongnya aku kerana aku takut tergoda dan dinoda oleh mu

-Sombongnya aku kerana mengelak dari berbicara denganmu,adalah untuk mengelak dari berbual perkara-perkara yang tidak berfaedah dan menjaga aurat kerana suara wanita adalah aurat

-Sombongnya aku hanyalah untuk mengelak dari fitnah kerana wanita merupakan fitnah dunia

-Sombongnya aku hanyalah untuk mengelak dari “bercouple”sesungguhnya couple tanpa akad haram disisi islam

-Sombongnya aku padamu hanyalah untuk MENCEGAH dari melakukan kemungkaran

Wahai adam,sombongku bertempat,aku bukanlah anti lelaki atau sebagainya..aku cuma ingin menjaga kesucian diriku yang akan aku berikan kepada suamiku kelak dan menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anakku..apa gunanya aku ramah dan mesra denganmu jika kemurkaan Allah ada disitu.Biarkan aku jual mahal,harga diriku sebagai seorang wanita terlalu tinggi,hanya akan aku serahkan kepada yang benar-benar layak memilikinya.

Ya Allah,jadikan aku wanita yang solehah,yang baik di antara yang terbaik,dan kurniakan aku pendamping yang baik,dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari Mu.Aminnn yaa Rabb

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

•♥• Wanita Solehah •♥•

  

Bersyukurlah Diatas Apa Yang Ada .......
Wanita solehah itu aurat dijaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali ...


Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai ....

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya

Thursday, June 16, 2011

SYURGA :)

Nama2 SYurGa  :-
1. Firdaus
2. Syurga ‘Aden
3. Syurga Na’iim
4. Syurga Ma’wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
Ada beberapa nama surga yang disebutkan dalam AlQuran, antara lain firdaus, Aden, Na’iim, ma’wa, dan darussalaam. Masing-masing memiliki kriteria penghuninya. Sebagaimana yang diterangkan di dalam AlQuran. Berikut adalah ciri-ciri orang akan memasuki surga firdaus :
  • Beriman
  • Khusu’ dalam sholat
  • Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada berguna
  • Menunaikan zakat
  • Menjaga kemaluan dari maksiat
  • Memelihara amanah
  • Menepati janji
  • Menjaga sholat
Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabatnya, kalo kamu meminta surga maka mintalah surga firdaus. Surga firdaus adalah surga tertinggi yang ada di akhirat. Artinya untuk urusan akhirat kita jadikan cita-cita kita setinggi-tingginya. Buat perencanaan yang matang dan action bagaimana supaya kita dapat mencapai cita-cita tersebut.
Nasihat nabi: untuk urusan dunia lihatlah orang yang lebih rendah dari kamu supaya kamu mudah untuk mensukuri nikmat Allah, namun untuk urusan akhirat lihatlah para Nabi supaya kamu jangan cepat puas dengan amal dan pengorbanan yang telah kamu lakukan..

[MTV] Mawi, Akhil Hayy, Imam Muda - HambaMu (Lagu Tema Imam Muda)




Owh ho..
Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..
Mawi :
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
Akhil Hayy :
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Hawa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 



Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Saturday, June 11, 2011

Penantian adalah satu proses

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
 

Seringkali penantian ini mengundang linangan air mata



Saya bagaikan baru terdengar ungkapan ini. Penantian adalah satu proses. Penantian adalah waktu yang kita habiskan untuk menanti sesuatu harapan, impian dan cita-cita. Dan bagi saya ia juga menyamai maksud ungkapan pakar pendidik iaitu “ Masa adalah rawatan.”

Bagi yang tidak sabar menunggu hasil sesuatu yang diusahakan, ia akan terseksa tanpa menyedari hakikat sebuah penantian yang menuntut ia melakukan sesuatu dengan penantian tersebut.

Bagi seorang pelajar, ia pasti akan menanti dengan penuh kesabaran untuk mengenggam sebuah ijazah sebagai tanda dan kayu ukur ia telah berjaya menamatkan di satu tahap proses pendidikan keilmuan. Penantian dengan ketekunan, kesungguhan dan keseriusan adalah proses untuk melihat hasilan yang dicita-citakan itu berhasil dengan kejayaan, kepuasan dan kecemerlangan.

Bagi seorang ibu dan seorang bapa, ia mengimpikan mempunyai seorang anak yang soleh, berjaya dan membuatkannya mereka tersenyum. Namun proses menjadikan seorang anak itu sebegitu adalah proses yang memakan masa yang panjang, lama dan sukar. Sebuah penantian untuk melihat anak-anak membesar dengan hasil didikan Islamiyah adalah proses yang menuntut kesabaran yang bukan sedikit tetapi kesabaran yang luar biasa.

Bagi seorang pemuda dan pemudi, sudah tentu menanti untuk mengalami perubahan yang besar dalam kehidupan mereka daripada fasa hidup bersendirian kepada berteman. Menanti untuk dirisik atau bersedia untuk menimang suri sehinggalah memiliki adalah fasa-fasa penantian yang sangat getir dan memerlukan kekuatan hati dan jiwa yang kental dan penuh kesabaran. Proses penantian demi penantian ini ditunjukan oleh baginda Rasulullah SAW dengan panduan yang tarbawi lagi terdidik. Inilah indahnya Islam, segalanya ada di dalam ajaran yang lurus dan benar ini.

Bagi seorang pendidik, murabbi dan dai pula, proses kesabaran mendidik anak murib atau mad’u adalah proses penantian yang harus dilalui dengan memahami konsep fitrah manusia dalam soal perubahan ke arah lebih baik. Murabbi yang baik, menanti dengan penuh kesabaran, dan juga ketenangannya dalam mendidik anak didik akan menyerlahkan kewibawaan sebagai qudwah dan contoh kepada anak didik. Tanpa sifat terburu-buru dan tergesa-gesa, ia bijak mencari peluang dan masa yang sesuai untuk memberikan didikan kepada sesiapa sahaja, terutamanya anak didiknya agar proses didikan itu selari dengan fitrah pembesaran insan itu sendiri.

Penantian itu suatu proses

Sebuah penantian dalam melihat sebuah kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan perlu dilalui dengan membayar sebuah pengorbanan yang tinggi harganya. Pengorbanan yang luar biasa dan kesabaran yang tinggi adalah kata kuncinya. Firman Allah SWT :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

( Al-Baqarah 2 : 153)

Bagi muda mudi khususnya, semoga penantian mu dalam memelihara diri dalam soal kasih, cinta dan perasaan ini dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran yang dipenuhi kemanisan dan kebahagiaan.

Kini sangat sukar, mencari pemuda-pemudi, dan para remaja yang mampu menjaga hatinya daripada disentuhi oleh cinta keremajaan. Fitrah ingin disayangi dan menyayangi membuak-buak dalam diri sehingga hilang kewarasan dan kesabaran. Dan akhirnya, kecundang ditewaskan oleh nafsu sendiri dan terjerumus dalam lembah kehinaan.

Semoga penantian ini, adalah proses membaiki diri dan hati agar benar-benar ready.

Bersabarlah diri

Teguhkan naluri insani

Peliharalah maruah diri

Agar penantian yang panjang ini, membuahkan bibit kebahagiaan yang hakiki

Setiap kali menantikan sinar sesebuah pengharapan yang bercahaya diufuk keberhasilan, saya selalu terkenangkan satu kalam nasihat daripada seorang murabbi saya. Kata-katanya ini, sentiasa saya sematkan di dalam diri dan seringkali saya kongsikan dalam sesi perkongsian jika ada kesempatan. Katanya :

“ Semailah keimanan dan keazaman agar kita akan menuai keberhasilan dan kejayaan.”

“ Siramilah ia dengan ilmu agar berputiknya cita dan harapan”

“ Cantaslah kekecewaan dan keputus asaan agar berdiri megah pohon keyakinan dan kepasrahan.”

“ Bajailah dengan pesanan dan pengalaman agar subur dan berbuahnya kebahagiaan.”

Berdoa, bermunajat dan berharap kepadaNya

Duhai adik-adikku,

Dalam penantian ini, perhebatkanlah munajatmu di sepertiga malam dengan pengharapan hanya sanya kepada Allah SWT.

Tadahkanlah tanganmu itu dengan ketundukan, kerendahan dan penuh rasa perhambaan. Hadapkan wajahmu dengan penuh ketulusan, keikhlasan dan kemurnian hati. Mohonlah dengan kesungguhan, ketabahan, kesungguhan dan keteguhan :- bahawa dirimu benar-benar berhajatkan keampunan, kerahmatan dan keredhaan-Nya.

Linangan air matamu saat itu, penuh hangat membasahi pipi keringmu. Ketahuilah, manik-manik air mata yang bercucuran hanya kerana-Nya agar memberikan kemanisan yang tiada taranya. Saat ini, engkau tidak akan kecewa malah akan lebih kuat dan tabah.

Matamu yang berkaca-kaca, akan membersihkan dan menjernihkan hatimu. Detik ini, hembusan bayu ketenangan dan kebahagiaan akan menyapa relung jiwa dan hatimu. Dan kepuasan, kenikmatan dan kebahagiaan semakin mewarnai setiap sudut kehidupanmu.

Bersabarlah dengan penantian yang panjang. Saat ini – ketahuilah – Allah SWT sedang mengujimu. Sedang melihat kesabaran hambaNya. Menguji ketabahan, keteguhan dan kecekalanmu.

Bersabarlah
Bersabarlah
Bersabarlah

Penantian ini sangat perit, sukar dan sangat mengoncangkan jiwamu. Tetapi, ketahuilah disebalik ini ialah kepuasaan, kenikmatan dan kelegaan yang akan membuatmu tersenyum dengan perhambaan yang membulat kepada-Nya.

Penutup : Komentar Seorang Hamba

1)- Sewaktu kecil, seringkali saya mendengar ungkapan bahawa Penantian adalah satu penyiksaan. Sebenarnya, selama saya berpegang kepada kata-kata ini – jiwa saya resah, tertekan dan tiada hubungan ketauhidan yang membina perhambaan. Dengan izinnya satu hari, saya mulai nampak sebuah sinar pengharapan dengan ucapan : “ Penantian adalah suatu proses.” – Alhamdulillah, saya belajar sesuatu daripada perkara ini.

2)- Buat adik-adik, bersabarlah dalam proses menuntut ilmu. Kepuasan akan kejayaan di hujung genggaman ijazah akan memberikan seribu kenikmatan yang sangat-sangat mengembirakan dan melegakan setelah bertahun berhempas pulas di menara gading.

3)- Dan, khusus untuk teman-teman dan sahabat-sahabat, bersabarlah dalam proses menanti insan yang teristimewa dalam hidup. Letakan Allah SWT dan nilaian syara’ di hadapan. Dahulukan pandangan dan nilaian Allah SWT, insyaAllah keberkatan dan kemudahan akan menyusul selepas ini. Ketika itu, kebahagiaan akan diberikan oleh Allah SWT dalam bentuk yang asli, suci, murni dan jernih. Benarlah, penantian itu adalah suatu proses penantian !

PERNAKAH ANDA .... ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalaamu’alaikum,

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.
...
Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Biarka n E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya-Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Amin….