Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.

Tuesday, July 12, 2011

.DIA bersama kita.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  
Jika gembira, hiasi ia dengan cahaya IMAN
jika bersedih, ceriakanlah dengan zikrullah
jika terluka, ubatlah ia dengan doa yang ikhlas
jika terlena, bangunlah untuk mengejar rahmat ILAHI
jika terjatuh, bangkitlah untuk meneruskan perjuangan ini..
jika terleka, sedarkanlah dgn solat yang khusyuk
jika alpa, ingatkanlah dengan mengingati kematian.
jika hati mula terasa kotor, bersihkanlah ia dgn kalimah ALLAH..
jika terasa diri kesunyian , ingatlah Allah sentiasa bersamamu..

-La Tahzan, Allah sentiasa dgn kita-


Friday, July 8, 2011

Tips Study @ Al-Quran


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  




Jangan Hanya Pandang Ke Barat


InsyaAllah, pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi suatu alternatif bagi kita mendapatkan motivasi dan tips belajar berdasarkan sumber yang jarang diketengahkan. Kebiasaan bagi manusia zaman ini hanya mencari tips kejayaan dan kecemerlangan berpaksikan sumber kajian dari negara barat, mahupun negara-negara maju lainnya. Ianya memang amat baik bagi menyingkap dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dimana-mana, kerana ia sebenarnya berasal dari umat Islam sendiri, namun mengapa pada hari ini kita lebih menaikkan dan mengutamakan sumber di sana berbanding sumber yang wajib kita pegangi, Al-Quran. Kerana 'Al-Quran Ummul 'Ilmi' [Ibnu Mas'ud], Al-Quran ibu/induk kepada ilmu. InsyaAllah, kali ini kita membelek ilmu pada topik tips belajar dan berjaya dalam Al-Quran.

Sebelum kita mulakan perkongsian perlu kita yakini dan sedari bahawa kecemerlangan dan kejayaan adalah tuntutan bagi seorang yang ingin beriman. Orang-orang yang beriman sepatutnya menjadi yang paling tinggi dalam pelbagai aspek, samada pendidikan, kerjaya, rumah tangga, sosial, ekonomi dan sebagainya, kerana inilah batu-bata yang bakal menguatkan binaan umat Islam.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sedangkan kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."[QS al-Imran, 3:139]


Janganlah kita jatuh motivasi atau bersikap lemah, apatah lagi bersedih hati sehingga merapuhkan kejayaan, kerana jika kita mengaku orang-orang beriman, sepatutnya kita yang paling tinggi darjatnya tidak kira dalam apa jua aspek dan keadaan. Maka ayuh kita buktikan kepada dunia, orang-orang beriman paling tinggi kedudukannya. Kerana memang berjaya orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya berjaya-lah orang-orang yang beriman,"[QS al-Mukminum, 23:1] 


Tips Belajar @ Al-Quran


Sebenarnya terlalu banyak tips dalam al-Quran yang mampu kita manfaatkan dalam kehidupan, kita perlu menjadi orang-orang yang berakal, berfikir, menghayati dan mengkaji ayat-ayat Allah yang mengandungi pelbagai hikmah kepada semua status manusia. Antara tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah:

  1. Asking!
  2. Revision!
  3. Proactive!
  4. Effort & Determination!
  5. Time Discipline!
  6. Focus!
  7. Team Work!
  8. Visual, Auditory & Kinesthetic!
  9. Never Give-Up!
  10. Self Motivation!

1. Asking:


"maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui,"[QS an-Nahl, 16:43]


Allah nyatakan kepada kita, jika kita tidak tahu, maka bertanyalah. Namun, ada sisi lain yang ditekankan dalam bertanya, kita perlu bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu perkara itu. Jangan bertanya subjek Biologi kepada guru kaunselor, atau bertanya soalan kimia kepada guru bahasa, apatah lagi bertanya dengan kawan yang tidak tahu, nanti yang keluar dari mulutnya "kamu tak tahu?aku lagi tak tahu..huhu"..syarat nak bertanya, bertanya dengan orang yang tahu. Sedih kita lihat ketika guru/pensyarah bertanya kepada kita "ada apa-apa soalan? semuanya faham?"..hampir semua diam membisu, kerana kebiasaan ada 3 jenis manusia jika dia tiada soalan.

  1. dia memang faham, maka tiada apa yang ingin ditanya
  2. dia memang tak faham, maka tidak tahu apa yang ingin ditanya
  3. dia buat-buat faham, dia tidak faham, tapi buat-buat faham kerana.....(masing2 tahu ya)
2. Revision!


"Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat."[QS al-Isra', 17:41]


Diulang-ulang agar kita ingat. Inilah ulang kaji yang perlu kita praktikan. Kita pasti sedia maklum bahawa 'Practise Makes Perfect", begitu juga yang diajarkan Allah kepada kita, teruslah mengulang sehingga ia akan jadi kebiasaan. Psychological term kita gelar sebagai 'Repetition Power', suatu perkara yang jika terus diulang, akan membuatkan ia menjadi kebiasaan yang dengan lancar dan mudah untuk kita lakukan pada masa hadapan.

3. Proactive!


"..lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar."[QS al-Fathiir, 35:32]


Ayat ini menerangkan 3 jenis golongan manusia. Ada yang menzalimi diri sendiri, sudah tahu exam dah dekat, tapi masih tidak mahu belajar. Ada pula pertengahan atau sedang-sedang, golongan ini biasa-biasa ja, dia belajar bila ada test atau exam, esok ada quiz baru belajar, minggu depan ingin exam, baru mula belajar. Ada pula proaktif/lebih dahulu/keterdepan, golongan ini membuat persedian jauh lebih awal berbanding golongan lain, persediaan dia juga lebih mencukupi bahkan terlebih-lebih berbanding yang lain, orang lain baru chapter 1, dia dah belajar sampai chapter 12..hehe..maksudnya dia memang proaktif kehadapan. Saya yakin kita semua ketika exam tinggal seminggu, sudah tentu belajar dengan bersungguh-sungguh, cuba bayangkan jika mode belajar sunguh-sungguh bagai minggu depan nak exam tu kita bawa pada awal sem lagi, bagaimana hasilnya?

4. Effort & Determination!


"dan bahawasanya, seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,"[QS an-Najm, 53:39]


"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya."[QS ath-Thur, 52:21]


Man Jadda, wa jadda. Inilah kata yang sering kita dengarkan, memang benar siapa yang usaha, dia akan dapat hasilnya. Begitu juga konsep kita belajar, cuba ingat kembali keputusan exam kita yang lepas, kemudian bandingkan dengan usaha kita, nescaya kita akan lihat perkara yang perlu dipertingkatkan. Kejayaan yang kita impikan dan angan-angankan, perlu dibuktikan dengan usaha dan kesungguhan. Inilah yang diajarkan Allah kepada kita, berusaha dengan bersungguh-sungguh.

"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik."[QS al-Isra', 17:19]


5. Time Discipline!


"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok, "[QS al-Hasyr, 59:18]

Jika kita gagal merancang, kita meracang untuk gagal. Perhatikan hari esok, bersedia dan rancang apa yang akan kita lakukan hari esok, apa susunan masa untuk kita belajar, subjek apa, topik apa ingin dihabiskan, dan sebagainya. Lebih indah jika kita mampu membuat jadual waktu belajar kita, agar lebih tersusun dan teratur urusan kita. Namun masalah bagi kebanyakan pengguna jadual waktu ini, adalah masalah disiplin terhadap jadual yang diri sendiri tetapkan..ish3..Allah mengingatkan kita agar ikuti waktu yang telah ditetapkan

"Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman"[QS an-Nisa', 4:103]


Orang-orang beriman sepatutnya seorang yang disiplin akan waktunya, latihan yang diberikan Allah agar solat tepat pada waktunya perlu kita praktikkan dalam perkara lainnya. Mana mungkin kita ingin solat subuh pada waktu isyak, atau solat maghrib pada waktu zohor, kita akan disiplin mengikut masa yang telah ditetapkan.

6. Focus!


"(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,"[QS al-Mukminum, 23:2]


Fokus dalam beribadat memang dituntut kepada kita. Jangan ketika solat kita tidak fokus untuk beribadat kepada Allah, sehingga ingat benda-benda lainnya. Kita harus fokus dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Cuba tanyakan pada diri kita, pernah atau tidak kita terlupa di mana barang yang kita letakkan? Pasti ramai antara kita sering bahkan selalu mengalaminya, kerana kita tidak fokus ketika kita meletakkan barang tersebut. Begitu juga ketika belajar, kita perlu fokus ketika membaca atau membuat latihan, terkadang kita belajar tapi fikiran dan minda kita tidak fokus terhadapnya, maka percentage ilmu yang kita pelajari berkurang berbanding jika kita fokus melakukannya. Selain itu, perkara-perkara yang mengganggu atau yang tiada manfaat perlulah kita tinggalkan sahaja.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,"[QS al-Mukminun, 23:3]


Perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat tidak perlu kita lakukan, perkara-perkara yang mendatangkan mudarat perlu kita tinggalkan.

7. Team Work!


"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."[QS al-Maidah, 5:2]


Dalam menngusahakan perkara kebaikan seperti pelajaran, kita dianjurkan untuk saling tolong menolong ke arahnya. Masalah sekarang kita dapat lihat betapa ramai manusia yang mementingkan dirinya sendiri berbanding menolong orang lain? Ingin berjaya dan kaya sendiri-sendiri, melupakan kegagalan dan kesusahan orang lain, tiada langsung semangat ukhuwah yang perlu djalinkan sesama kita dalam perkara yang mampu kita usahakan bersama. Adakah kita ingin menjadi seperti ini? Namun, di sisi yang lebih utama, kita sendiri yang kena mulakan percikkan kerjasama kepada orang lain, bukan hanya mengharap orang lain yang menolong. Kerjasama dalam belajar amat membantu sesama kita, seperti kosep 'Study Group' yang pasti mampu meringankan beban sesama kita. Bahagikan beberapa topik kepada ahli kumpulan untuk masing-masing belajar dan memahami lebih mendalam, kemudian baru masing-masing present topik masing-masing. Lakukan juga diskusi-diskusi bagi menyelesaikan masalah atau ketidakfahaman terhadap beberapa topik.

"dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."[QS al-Imran, 3:159]


8. Visual, Auditory & Kinesthetic!


"karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."[QS al-Imran, 3:79]


Proses belajar yang diajarkan dalam ayat diatas adalah kita bukan hanya sekadar belajar sendiri, namun cuba mengajari juga apa yang telah kita pelajari. Ini akan membuatkan kita lebih faham dan lebih ingat bahkan memberikan kebaikan bukan pada diri sendiri, tapi juga kepada orang lain. Kita mengetahui 3 jenis manusia dalam aspek daya ingatan, ada yang mampu dan lebih ingat apa yang dilihat (Visual), ada yang apa yang didengar (Auditory) dan ada yang melalui pergerakan (kinesthetic). Kita jika ingin tahu kita jenis yang mana, memang ada questionnaire yang dibuat, tapi ada kaedah yang lain, cuba kita ketika exam berlangsung, kita ingin mengingat sesuatu formula atau fakta, adakah kita lebih ingat buku/nota yang kita lihat dan baca (visual)? atau lebih mampu ingat suara guru/pensyarah yang mengajar(auditory)?atau lebih ingat apa yang kita contengkan/tuliskan dalam nota atau latihan kita(kinesthetic)?


Namun, ia semestinya sudah terlambat jika masa exam baru mau tahu kita jenis yang mana..makanya, kita harus menggunakan kesemua daya ingatan ketika belajar. Membaca sambil mengeluarkan suara lalu mencatat juga dengan tangan, dan semua ini boleh dilakukan dengan method yang diajarkan ayat di atas, belajar dan mengajarkan, satu penggabungan kaedah belajar yang pasti memberikan impak yang positif. 


9. Never Give Up!


"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."[QS Yusuf, 12:87]


Hanya kaum kafir yang ada perkataan putus asa dalam kamus hidupnya. Maka jangan pernah memberikan kesempatan perkataan putus asa tertulis dalam kamus kita. Kita pasti pernah melalui keadaan dimana setelah berusaha sekali, dua kali, tiga kali, kemudian sudah tidak sanggup teruskan kerana gagal berterusan. Bagi kita, jika kita gagal 100 kali, maka teruskanlah mencuba, kerana mungkin kejayaan adalah yang kali ke 101 itu. Sepertiman Thomas Edison yang terkenal dengan menghasilkan lampu mentol yang menyala, beliau melalui 10,000 reka bentuk sebelum berjaya menghasilkan mentol elektrik yang menyala.


Begitu juga Colonel Sanders (Pengasas KFC) yang pasti kita semua sedia kenali dengan kejayaan resepi ayamnya yang pada hari ini KFC hampir berada di seluruh dunia. Beliau pada awal mula bisnesnya hanya ingin menawarkan resepi ayam gorengnya kepada beberapa restoran, tapi cuba kita bayangkan, sebanyak 1007 restoran yang menolak tawaran beliau. Mungkin jika kita, restoran yang ke 5 pun sudah tidak lalu untuk teruskan, tapi bagi Colonel Sanders kita bayangkan kali 1008 barulah ada restoran yang menerima resepinya, baru menerima, belum lagi berkembang..namun akhirnya, kita lihat apa hasil kejayaannya pada hari ini. Bukan untuk promosi KFC. tapi untuk ambil nilai murni untuk kita amati. Ayuh umat Islam semua, kita kena buktikan dengan semangat yang tinggi, jangan lagi terlalu mudah untuk berputus asa, teruskanlah usaha dengan gigih, bagi mencapai kejayaan yang tidak akan datang dengan sendiri.


10. Self Motivation!


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."[QS ar-Ra'd, 13:11]


Tiada gunanya kursus yang kita hadiri, motivasi-motivasi yang kita dapati atau tips-tips yang diberi, jika perubahan bukan atas kehendak diri sendiri. Kita yang harus sedar dan mendorong diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang kita impikan. Kita yang harus dengan semangat dan kesungguhan memotivasi diri untuk merealisasikan kegemilangan yang kita angankan. Kerana orang lain hanya mampu menasihati apa yang tersurat pada diri kita, tapi diri kita sendiri yang mampu menasihati apa yang tersirat dalam diri kita.

Jangan Lupa Penentu Segala


InsyaAllah, sedikit perkongsia bagi kita menambah lagi usaha dalam mencapai kejayaan, namun sama-sama kita yakini, kira merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik Perancang adalah Allah SWT. Jagalah Allah, nescaya dia akan menjaga kita kelak. Jaga hubungan dan hak kita kepada Allah, ini adalah sisi yang paling utama perlu kita amalkan. Memang usaha tangga kejayaan, tapi mari kita hiasi lagi tangga itu dengan carpet doa dan tawakkal, serta meletakkan atap redha dari-Nya. Inilah perbezaan yang perlu kita ketengahkan, jangan membuatkan kita sama sahaja dengan mereka yang tidak mengharapkan pertolongan dari Allah, sombong dalam memohon pertolongan dari Allah.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [QS al-Mu'min, 40:60]


Selain itu, teruslah memohon keampunan kepada Allah, jangan biarkan kegelapan dosa maksiat menjadi penghalang kepada cahaya ilmu memasuki akal dan hati kita. Jika terkadang kita merasa lemah, mohonlah keampunan kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kekuatan kepada kita.

Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." [QS Hud, 11:52]


Semoga kita melahirkan generasi umat Islam yang mencapai dan mengembalikan kegemilangan umat. Kita harus bangkit menguasai semua gedung ilmu dan kemahiran, cukuplah umat Islam selalu jatuh jauh kebelakang. Perubahan tersebut akan berlaku, jika kita mulakan perubahan pada diri kita dahulu. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua dalam apa jua yang kita usahakan untuk kita memanfaatkan kejayaan bagi membantu lagi agama Allah.

Sebelum Purnama Memadam Senja

بسم الله الرحمن الرحيم
Tika camar kembali
kulihat cahaya mentari
menerobos kaki langit
untaian merah tembaga
terukir indah memotret senja
sedang aku di pinggir jendela
menongkat dagu
merenung masa lalu.
Tika panggilan Ilahi bergema
aku tersedar
kini aku menjejak realiti
istighfar terucap menjalar ke hati
aku harus segera menyahut seruan Ilahi
sebelum purnama memadam senja
agar tiada kusesali
tika tiba saatnya pertemuan abadi.

Friday, July 1, 2011

Memburu Kemanisan Iman

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ   


Semasa aku membaca buku Majalah Solusi, aku tertarik dengan tajuk yang ku baca  tentang memburu kemanisan iman yang di tulis oleh Ustaz Pahrol yang merupakan ketua editor  majalah Solusi. Dalam artikelnya,  ustaz menggariskan tentang kualiti hati yang perlu kita miliki untuk mendapatkan kemanisan iman, bagaimana caranya untuk kita  menggapai kemanisan iman dalam diri dan bagaimana mengekalkan kemanisan iman itu di dalam diri agar ia tidak tawar dan hambar....

Kenapa kita perlu memburu kemanisan iman itu? Kemanisan iman itu bukanlah boleh didapati sepertimana kita dapati barang murah di pasar lambak! Senang di perolehi dan murah pula! Tanpa mujahadah diri yang berterusan kita sukar memperolehinya. Kita sepatutnya menjadikan perkara ini prioriti utama dalam hidup kita. Kita hidup di dunia ini dalam iman, kita mati dalam iman bahkan kita dimasukkan ke syurga pun dengan iman !

Pentingnya kita miliki kemanisan iman ini, supaya apa yang di rasai dijiwa inilah yang akan mencorakkan tindakan kita. Bila terasa manisnya dan lazatnya iman, maka kita akan mencorakkan diri dan kehidupan kita sesuai dengan iman di jiwa; kita akan rasa sesuatu yang tidak kena jika kita buat sesuatu dalam hidup ini bukan atas dasar iman. Pahit dan gelisahnya di jiwa apabila iman menjauh dari diri kita !

 Apabila kemanisan dan kelazatan iman telah bertapak di jiwa, tiada lagi rasa penat, sukar, bosan, malas dan rugi dalam melaksanakan tuntutan Allah SWT. Ia mengatasi segala sesuatu di dunia ini!  Kemanisan  ynag dirasai di jiwa dan tidak dapat digambar dan dihuraikan dengan kata-kata! Hati akan rasa bahagia bila melaksanakan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran. Jiwanya reda dan pasrah diatas segala ketentuan dan  kehendakNya baik berupa rahmat yang datang mahupun musibah yang melanda.

Inilah keajaibannya seorang Mukmin dalam menempuh hidup ini.  Bila ia mendapat nikmat dia bersyukur tapi bila mendapat musibah dia bersabar. Dia dapat menukarkan segala sesuatu yang susah dan sukar itu menjadi kebaikan pada dirinya. Dia dapat menerima segala cabaran dengan jiwa yang tenang dan hati yang penuh dengan rasa kemanisan iman.

Hati orang yang beriman itu sangat mencintai Allah; maka Allah juga akan mencintainya.  Bila Allah mencintai sesaorang, maka akan dipermudahkan segala baginya.  Dalam satu hadith Qudsi yang bermaksud...
" Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman, " Wahai Jibrail, Aku mencintai sorang hamba maka cintailah dia."  Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata, " Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan maka cintailah dia. (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)..

Bagaimana pula cara memburu kemanisan iman ini? Cukup ke setakat amalan biasa yang kita selalu buat hari-hari? Kita sama-sama lah teliti hadith Rasul dari Anas bin Malik ra. tentang hakikat jiwa yang merasai kemanisan iman ini....
" Tiga perkara apabila terdapat pada diri sesaorang, ia merasai kemanisan iman iaitu  sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya, mencintai sesaorang kerana Allah dan benci kembali kepada kekufuran seperti bencinya dicampakkan ke api neraka.".   

Ketiga-tiga ciri tersebut bila dimiliki oleh sesaorang.....ia akan dapat merasai manis dan lazatnya iman. Namun untuk mendapatkannya perlu melalui perjuangan dan perjalanan yang sukar. Kemanisan iman itu adalah kemuncak pendakian dalam melalui perjalanan yang sukar ini. Ia perlu melepasi tahap-tahap perjuangan bermula dengan tahap kepahitan dan kepedihan, dilkuti dengan tahap kebiasaan dan akhirnya tahap kemanisan.  

Tahap awal kepahitan dan kepedihan hati untuk membuang segala rawsib jahiliyyah, kesukaan yang tidak syarak, berusaha untuk taat dan patuh dalam segala ketaatan dan menjauhi segala larangan dengan sungguh-sungguh.  Jiwa rasa amat terseksa dan kesabaran yang sungguh tinggi untuk kekal dalam ketaatan dan menjauhi maksiat. Inilah dia, hati yang ikhlas  ingin kembali kepada Allah walaupun perit !

Tahap kedua iaitu apabila telah membiasakan diri untuk taat dan patuh dengan konsisten, keperitan dan kepedihan di peringkat awal itu akan hilang dengan izin Allah. Ia akan jadi satu kebiasaan yang mudah untuk melakukannya. Bermula dengan cara membetulkan yang biasa,  diikuti dengan membiasakan yang betul , Alhamdulillah , sesudah kepayahan itu pasti datangnya kemudahan pula !

Akhirnya ibadah yang telah dibiasakan secara konsisten, lama-kelamaan akan merasai kemanisan melaksanakannya. Sehingga dirinya akan berusaha lagi untuk menambahkan lagi ibadahnya pada Allah.....dimana kemanisan melakukan ibadah itu mengatasi segala kemanisan di dunia ini.  Seperti kata Saidina Abu Bakar,' Sesiapa yang telah mengecapi sebahagian dari kemurnian cinta pada Allah SWT, maka hal itu akan menyibukkannya dari mencintai dunia dan ia mengasingkan diri daripada seluruh cinta manusia." 

Begitulah besarnya pengaruh iman dan kemanisan yang dirasai oleh jiwa.....hanya mereka yang merasainya yang mengetahui hakikat kelazatan yang sebenarnya  tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit !

Jadi apa yang harus kita lakukan sekarang? Kembalikan jiwa kita pada Allah, kenali Allah dengan hakikat pengenalan yang sebenarnya, didik iman sehingga ia mendasari jiwa dan dan bermujahadah diri supaya apa yang diperkatakan dan diperbuat selaras dengan kehendak iman, dan perlunya kita beristiqamah di atas jalan mujahadah diri ini!  

Bak kata pepatah genggam bara api biar jadi arang ! Jadi gengamlah dengan kuat iman ini jangan biarkan ia tergelincir dari diri.......dan sentiasalah hubungankan hati dengan Allah dengan doa kita supaya Allah membantu diri kita untuk terus berada di atas jalanNya yang lurus !.. Tanpa bimbingan dan taufik dariNya...kita tak mampu buat apa-apa pun !!

Thursday, June 30, 2011

Memilih Sahabat


Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Siapakah kita ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ             



1.Siapakah orang yang sombong ??
-Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

2.Siapakah orang yang telah mati hatinya??
-Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

3.Siapakah orang yg kuat??
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan> kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

4.Siapakah orang yg lemah??
- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan> kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

5.Siapakah orang yang bakhil??
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

6.Siapakah orang yang buta??
- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

7.Siapakah orang yang sibuk??
-Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

8. Siapakah orang yg manis senyumanya??
- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu i.ni". ,sambil mengukir senyuman.

9.Siapakah orang yg menangis airmata mutiara??
-Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

10.Siapakah orang yg kaya??
-Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan> apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

11.Siapakah orang yg miskin??
-Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

12.Siapakah orang yg pandai??
- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

13.Siapakah orang yg kurang bijak??
-Orang yg kurang bijak adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.

14.Siapakah orang yg paling cantik??
-Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.


P/s: Sungguh kecil diri ini tatkala membaca semua jawapan2 berikut
Sesungguhnya,mujahid Allah itu sentiasa sedar akan setiap perlakuanya.. Walla'hualam...!!

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.