Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.

Monday, August 8, 2011

Muhasabah Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم



Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki.

Pada nafsu yang diletur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat terawih
Apakah semuanya telah dimiliki.

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyikap hijab antata hamba dengan Ilahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih tahap lama

Lalu munasabah di penghujung ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid,bertakbir,bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan pada-Nya hanya takdir

JOM CHECK + PERBAIKI AMALAN KITA

سم الله الرحمن الرحيم



Jom sama2 check + perbaiki amal2 kita utk spanjang bulan Ramadhan ini & teruskan istiqomah untuk masa2 akan datang juga...

++++++++++++++++++++++++++++++​++++++++++++++++++++

4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
2.Solat sunat Tahajjud.
3.Solat sunat Hajat
4.Solat sunat Witir

5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke kelas. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Cuba pertahankan solat tarawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

++++++++++++++++++++++++++++++​++++++++++++++++++++

Perkongsian dr s'orang sahabat utk d sampaikan kpd sahabat2 yang lain..
Smoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..InshaAllah.

||Selamat m'jalani ibadah puasa||(^^)
 
Salam ukhwah fillah,

Taubat, dan teruskan ber-Taubat!

سم الله الرحمن الرحيم   

Di kala pesat arus kehidupan dengan pelbagai ronak dan cabaran. Kadang kala kehidupan kita dipenuhi dengan debu-debu dosa. Begitu juga diri saya sebagai hamba yang sentiasa melakukan dosa namun setiap dosa yang dilakukan perlulah kita sedari dan menyesal maka segera TAUBAT.


"Ya ALLAH... Aku bertaubat padaMU.
Rasa diri ini hina dan malu kepada Allah.
Sebagai manusia sudah menjadi fitrah untuk melakukan dosa. Akibat terlalu ikutkan hawa nafsu, mungkar dijadikan pilihan. Biarlah perkara itu tidak berulang lagi. Rasa diri seolah-olah munafik dan hipokrit dalam masyarakat sekeliling. Jauhilah aku daripada azabmu. Amin...", SDR. Fauzan


"BERSIHKAN LAH JIWA DAN DIRIMU DARIPADA DEBU-DEBU DOSA"

Taubat ialah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat ataupun mungkar. Setiap insan yang lahir ke dunia ini tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan sepanjang kehidupan dari baligh sehinggalah menghembus nafas terakhir.

Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Saya serta saudara/saudari pernah melakukan kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan Allah sendiri. Apabila kita melakukan kesalahan segeralah mengingati Allah dan insaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya.
Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."


Ingatilah Allah. InsyaALLAH, Allah sentiasa mengingati hamba-hambaNya yang beriman dan berzikir kepadanya

Di bulan pengampunan, Ramadhan yang "Syahrul Maghfirah" ini adalah saat yang tepat untuk kita bertaubat. Bagi yang sudah bertaubat mari memperbarui taubatnya dan yang belum taubat mari bergegas kepada ampunan Allah.

10 hari kedua bulan Ramadhan merupakan masa maghfirah (ampunan) sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Abu Haurairah "Ramadhan, awalnya Rahmah, pertengahannya Maghfirah, dan akhirnya dibebaskan dari api neraka" (H.R. Ibnu Huzaimah).

Selamat menjalankan ibadah puasa.


Memetik hadis,
yang dipungut dari e-book 'Taubat',
tulisan Yusuf Al-Qardhawi:

Dari Abi Hurairah r.a. bahwa ia mendengar Rasulullah Saw bersabda:
"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku'. Tuhannya berfirman: 'hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Tuhan-pun mengampuninya'. Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku'. Tuhan-nya berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya', maka Tuhan-pun mengampuninya. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku'. Tuhan-nya berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya'. Maka Tuhannya berfirman: 'Aku telah berikan ampunan kepada hamba-Ku, dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu".

[Hadits diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.]

Redaksi: 'falya'mal ma syaa' "silakan ia melakukan apa yang ia mahu" maknanya adalah -- wallahu a'lam--: selama dia melakukan dosa dan beristighfar kemudian diampuni, dan ia tidak melakukan dosa itu lagi. Dengan dalil redaksi: "kemudian ia melakukan dosa lagi" maka ia dapat melakukannya lagi jika itu merupakan perangainya, sesuai kemauannya. Karena ia, setiap kali ia melakukan suatu dosa maka taubat dan istighfarnya menjadi penghapus dosanya itu, dan ia tidak mendapatkan celaka. Tidak kerana ia melakukan suatu dosa, kemudian ia beristighfar dari dosanya itu dengan tanpa berusaha membebaskan dirinya dari kebiasan buruknya itu, kerana itu adalah taubat orang yang suka bohong.

---------


Dalam taubatmu itu,
berusahalah untuk keluar!

Thursday, July 28, 2011

Muslimah Sejati

سم الله الرحمن الرحيم

black_niqab 



MUSLIMAH SEJATI
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.
“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. – (Riwayat Imam Ahmad)
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya.”

muslimah sejati bukan dilihat
dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.
wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,
tetapi muslimah sejati dilihat
dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi

muslimah sejati juga tidak dilihat
dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,
tetapi dilihat
dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari seberapa indah lantunan suaranya
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran

muslimah sejati bukan dilihat
dari keberaniannya dalam berpakaian grand
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat
dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya
dirinyalah yang mengundang orang tergoda

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu
dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,
dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi

muslimah sejati bukan dilihat
dari sifat mesranya dalam bergaul
tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu
menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul


“Janganlah perempuan –perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”
(surah Al Ahzab ayt32)



Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya(riwayat Al Bazzar)



Sunday, July 24, 2011

TEMAN

سم الله الرحمن الرحيم



Apa yang seseorang tu paham akan maksud "TEMAN"??erm..terlalu banyak kan definasi teman ini.dan setiap orang juga mempunyai maksud dan pandangan tersendiri termasuklah aku.dan coretan ini adalah dari pandangan ku sendiri

dalam hadith rasulullah juga ada mengatakan"seseorang itu adalah menurut agama temannya.maka perhatikanlah teman kamu" (riwayat at-tarmizi)
bukan senang untuk mencari kawan yang betul-betul memenuhi citarasa setiap orang. ini kerana manusia itu tidak sempurna. carilah teman bukan sahaja memberi kepentingan kita didunia..tapi carilah teman yang mampu membawa dan mengingatkan kita kejalan yang diredhoi Allah.adakalanya kita tidak senang dengan sahabat kita, tapi sedarkah kita,kenapa kita sendiri sebagai seorang temannya tak mampu untuk saling tegur.bukan ke seseorang itu memerlukan sahabat untuk mengingatkan dan menegur andai diri itu terleka.sanggupkah kita membiarkan sahabatnya sendiri terkontang kanting tanpa pengertian ap pun yang telah mereka lakukan.sama lah seperti pepatah ini kan ??
"kita selalu mengharapkan yang terbaik dari seseorang,tapi kenapa kita sendiri tak cuba untuk memperbaiki diri sebelum kita asyik mengatakan keburukan orang lain sahaja" ...

jadi sebagai seorang kawan teman, sahabat atau apa sahaja yang berkaitan hidup ini ibarat roda..adakalanya kita ad diatas,dan adakalanya kita akan berada dibawah..dan hidup kita ini bukanlah hanya untuk diri sendiri sahaja.kita memang perlukan seseorang untuk melengkapkan corak kehidupan kita.apalah ertinya jika hanya ada rumah besar yang kosong tanpa perhiasan dan penghuninya cuma kita sesorang.

Duhai teman...ingatlah!!!

"kebaikan menyebabkan terpancarnya sinaran putih diwajah,cahaya didalam hati,keluasan dan kelapangan didalam rezeki,kekuatan pada badan dan kecintaan didalam hati orang lain.sementara kejahatan dan kederhakaan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan didalam hati,kelemahan pada badan,kekurangan pada rezeki dan kebencian didalam hati orang lain"
سم الله الرحمن الرحيم

Terasa iman dihati kian luntur dan lemah.. barangkali aku sedang berada dipentas percaturan yang semakin sengit kerana kehidupan ini ibarat satu permainan..wahai Teman, tegurlah aku andai aku terleka kerana aku juga manusia biasa yang leka akan nikmat dunia.
Duhai pemilik nyawaku, jangan Engkau biarkan cintaku pada manusia melebihi dari cintaku pada-Mu, jika cinta itu membawa ku alpa pada akhirat, jika cinta itu membuatkan ku lupa pada perintahMu dan jika cinta itu menjauhkan ku dari Mu, aku mohon Ya Allah jauhilah aku dari cinta itu..lindungilah hatiku dan imanku untuk mencintaiMu dengan tulus..dan aku rela dikatakan sombong oleh lelaki kerana aku takut anak dimasa depanku rosak disebabkan dosa dan akhlak buruk yang aku lakukan sekarang.. ampunkanlah dosa hambaMu yang lemah dan hina ini ya Allah ;(

Saturday, July 23, 2011

1 Minit Untuk Mengingati Allah S.W.T.

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
Si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan