Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.

Saturday, June 11, 2011

Ceria & Bermotivasi

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Perkara terbaik (9 perkara ) yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
  • 1. Bangun dari tidur dengan mengingati dan bersyukur kepada ALLAH
Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan serta semangat untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.
  • 2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
  • 3. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH.
Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
  • 4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
  • 5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang, insyaAllah.

  • 6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri.
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.
Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
  • 7. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood.
Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
  • 8. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan Lepaskan segala yang dulu-dulu.
Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.
Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Beranikan diri anda untuk berubah untuk kecemerlangan hidup anda.
  • 9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.
Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma’thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

All the best!!! (^_^)

Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjud


Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.
“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!
“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”
“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]
“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”
“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]
“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”
“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]
“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”
“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]
“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”
“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]
“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”
“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]
“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”
“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]
“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.
Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.
Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.
Terima kasih ya Allah!
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

SISIPAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN DAN HADIS QUDSI
1.  Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Riwayat Qudha’I, Dailami, Hakim dan Tirmidzi)
2.  “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
3.  Berkata Ibnu Mas’ud ra. bahwasanya Nabi Saw. telah bersabda: ”Allah telah berfirman: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasih-Ku, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” (Riwayat Qudha’i)
4.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 286)
5.  “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Qaff: 16)
6.  Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
7.  Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” (Riwayat Dailami)

8.  “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (Thaahaa: 14)

Monday, May 30, 2011

Laluan Ke Syurga

"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA".

 Assalamu'alaikum..Alhamdulillah....Ana baca buku ni amat tersentuh....Best tau ! So,kalu nak hati tersentuh jugak, baca buku ni..beli jangan x beli...hehehe..memang best uh !!! :D

Sinopsis 

Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.

Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.

Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.

ABDUL FATAH ZAKARIA - dilahirkan pada 21 jan 1963, merupakan Imam Masjid Kota Damansara dan bapa kepada tiga orang cahaya mata. Lulusan Diploma dalam Pengajian Islam dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah dalam Pengajian Islam (Quran dan Sunah) di UKM pada tahun 1989. Selepas 2 tahun beliau melanjutkan pelajaran perinkat Master di Universiti Khartoum pada tahun 1991. Beliau juga bekas pensyarah di UIAM (1989-1999) dan Kolej Sultan Zainal Abidin (2000-2007)


Tajuk: Laluan Ke Syurga - Jalan Mana Pilihan Anda?
Penulis: SAbdul Fatah Zakaria
ISBN :
978-983-44519-3-6
M/Surat : 183 M/S
Harga SM/SS: RM 21.90 / 24.90


Sunday, May 29, 2011

Kata-kata mutiara ISLAM

 Islam tentang kalbu cinta dan kehidupam islami dikala hati dalam kegelisahan dan kata mutiara islam yang begitu mendalam di hati Kumpulan kata-kata mutiara islami yang saya kumpulkan dari berbagai sumber, semoga dapat menjadi insfirasi dan motivasi juga dapat menambah pembendaharaan kosa kata kita semua, khususnya buat saya pribadi mudah2an dapat menjadi penyejuk hati yang kekeringan akan sebuah ilmu.Kata kata mutiara islam tentang kalbu cinta dan kehidupam islami dikala hati dalam kegelisahan dan kata mutiara islam yang begitu mendalam di hati Kata kata Mutiara Islam
* Perbanyaklah kamu mengingat mati, karena hal itu bisa membersihkan dosa dan menyebabkan kamu zuhud atau tidak cinta kepada dunia.(Rasulullah) Kata kata Mutiara Islam
* Keluarlah dari dirimu dan serahkanlah semuanya pada Allah, lalu penuhi hatimu dengan Allah. Patuhilah kepada perintahNya, dan larikanlah dirimu dari laranganNya, supaya nafsu badaniahmu tidak memasuki hatimu, setelah itu keluar, untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu, kamu harus berjuang dan jangan menyerah kepadanya dalam keadaan bgaimanapun juga dan dalam tempo kapanpun juga.(Syekh Abdul Qodir al-Jaelani) Kata kata Mutiara Islam
* Berteman dengan orang bodoh yang tidak mengikuti ajakan hawa nafsunya adalah lebih baik bagi kalian, daripada berteman dengan orang alim tapi selalu suka terhadap hawa nafsunya.(Ibnu Attailllah as Sakandari)
* Orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan 3 hal, yaitu : KEPERCAYAN, CINTA dan RASA HORMAT (Sayidina Ali bin Abi Thalib)
* Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak. (Sayidina Ali bin Abi Thalib) Kata kata Mutiara Islam
* Kejahatan yang dibalas dengan kejahatan pula adalah sebuah akhlaq ular, dan kalau kebajikan dibalas dengan kejahatan itulah akhlaq buaya, lalu bila kebajikan dibalas dengan kebajkan adalah akhlaq anjing, tetapi kalau kejahatan dibalas dengan kebajikan itulah akhlaq manusia.(Nasirin) Kata kata Mutiara Islam
* Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan.(Sayidina Ali bin Abi Thalib) Kata kata Mutiara Islam
* Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah. (Ibnu Mas’ud)
* Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu. (Ali bin Abi Thalib)
* Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.(Umar bin Khattab)
* Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. (Imam An Nawawi) Kata kata Mutiara Islam
* Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar. (Umar bin Kattab) Kata kata Mutiara Islam
* Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari.(Bediuzzaman Said Nursi) Kata kata Mutiara Islam
* Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.(Bediuzzaman Said Nursi) Kata kata Mutiara Islam
* Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu mandeg.(Bediuzzaman Said Nursi)
* Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan.(Bediuzzaman Said Nur)
* Orang yang terkaya adalah orang yang menerima pembagian (taqdir) dari Allah dengan senang hati.(Ali bin Husein)
*Kata kata Mutiara Islam
* Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.(Bediuzzaman Said Nur)
* Pangkal dai semua kebaikan di dunia maupun di akhirat adalah taqwa kepada Allah.(Abu Sualeman Addarani) Kata kata Mutiara Islam
◠◡◠ ♥ I ℒℴνℯ ALLAH ♥ ◠◡◠
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░▌║▐░░░░░░▀▀░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░▀▀▀░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░████░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░██░██░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░██░░██░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░███████░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░███████████░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
 
RESEPI PENGHAPUS DOSA DAN PENYEMBUH PENYAKIT HATI.
#Ambil akar pohon kefakiran dan kerendahan hati.
#Rendam kedua akar tersebut kedalam panci taubatan nashuha.
#Tumbuk dan haluskan keduanya dengan lesung Ridho.
#Saringlah dengan saringan Qona"ah.
#Kemudian masukkan dalam mangkuk Taqwa.
Ya Allah, Bila hati kami kotor, sucikanlah. Bila hati terluka perih, sembuhkanlah. Ubahlah kesedihan siapapun menjadi kebahagiaan, ubahlah setiap air mata yang mengalir menjadi karuniaMu dalam hidup kami. Berikanlah kami kekuatan untuk membalas kebencian dengan senyuman. Ya Allah, sayangilah kami & berkahilah apa yg telah Engkau anugerahkan kpd kami dg menjauhkannya dari segala penderitaan..
Rasulullah SAW, bersabda;
“Dua hal yang Allah percepat siksanya di Dunia; kezholiman dan durhaka kepada kedua orang tua” (H.R. Tabarani)
Yakin pd Allah bukanlah mengharapkn terkabul harapannya. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuaNya , rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,di situ air mata yangg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka .indahnya tarbiyah Allah,tersirat rahmat & hikmah.d uji kita sbagai tnda syaNya . -Semoga istiqamah dlm perjuangan-
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”[1


 أستغفـــــــر الله العظيـــــــم الذي لا اله الا هو الحي القيـــــــوم و أتـــوب اليــــه

Tanyalah Tentang Islam,
Kerna ia hidupmu,
Fikirkan tentang islam,
Kerna ia agamamu,
Amalkan ajran islam,
...Kerna ia penentu masa depanmu,
Sayangilah islam,
Kerna ia adalah segalanya..

 Menjadi sebaik2 hamba dan khalifah,bukan semudah memetik 2 jari..itupun belum pasti boleh brbunyi..hakikat insan memang penuh dengan kekurangan,namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik2 hamba Tuhan..teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan..kita kan khalifah,mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah..sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..(^_^)
BerCOUPLE ? Jika itu sudah terjadi pada diri kita,jangan dibiarkan brlarutan.Bertindaklah untuk mengubah keadaan brmula dengan mengubah jiwa,pemikiran & perasaan kita sendiri.Kita tidak mampu mengubah apa yang ada di luar diri kita tetapi kita boleh mengubah diri.Perlu kuatkn jiwa.Bagaimana?Apalagi jika bukan dengan SOLAT,ZIKIR & BERISTIQHFAR (^_^)
Hidup di dunia adalah untuk diuji.Dalam surah al-Mulk,Allah S.W.T. menegaskan bahawa tujuan Dia menguji manusia adalah menunjukkan siapa antara manusia yang terbaik amalannya.Jadi,ujian yang Allah datangkan bukan untuk mendera,tetapi mendidik manusia agar menjadi lebih baik.
 

Cinta Allah adalah cinta hakiki

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau.
Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.  Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta.
Ketika cinta disalah artikan oleh remaja maka muncullah SISI LAIN DARI CINTA,yang sebenarnya itu bukan CINTA tapi rangkaian atau siklus NAFSU syaitan yang bertopeng menjadi cinta.Cinta bukanlah nafsu, juga nafsu bukanlan cinta.
Cinta tetaplah Cinta. Dan dia tdk bisa jadi apa-apa CINTA adalah keikhlasan
yang tak dapat dibagi-bagi dan jika ingin berbicara tentang cinta maka harus merujuk pada AL-QUR'AN dan AS-SUNNAH..


Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan.  Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat
Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.
Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.


Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.
Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."
Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."
Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.


Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.
Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.


Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.  Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.


Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam.  Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.


Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.
Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah:
1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.
2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.
3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.
4. Tidur sekejap waktu tengah hari.


Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.


Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.


Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama.  Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah.


Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan membalas semula cinta kita.
-  Petikan: myMetro Sabtu 23 April 2011


Cinta Allah tak dapat ditukar ganti
Cinta manusia silih berganti

Cinta Allah suci tulus hingga ke mati
Cinta manusia selalu berakhir dgn benci
...
Cinta Allah menyubur ketaqwaan
Cinta manusia penuh kemungkaran

Cinta Allah tinggalkan laranganNYA
Cinta manusia meninggalkan syariatNYA

Cinta Allah menyegarkan keimanan
Cinta manusia mengikis keimanan

Cinta Allah mengorbankan nafsu
Cinta manusia mengorbankan tuhan

Cinta Allah menambahkan keimanan
Cinta manusia menambahkan kelalaian

Cinta Allah meredhoi ujian
Cinta manusia meredhoi kemaksiatan

Cinta Allah sepanjang masa
Cinta manusia sekejap ada, sekejap tiada

Cinta Allah diiringi rahmat dan kurniaan
Cinta Allah bersulam redha dan keampunan
Cinta manusia meresahkan perasaan..

TIPS JIKA SEDANG "MARAH".....

 Ada setengah2 manusia  tidak terlepas daripada perasaan marah....Kadang2 perasaan marah tu kita tidak sedar lalu memarahi kepada manusia tersebut...so ? untuk mahu mengelak dari sifat mudah marah ini,sila lihat di bawah :


Tips untuk menghilangkan marah.
Apa saja?
Di antaranya:

1. Berlindung (kepada Allah l) dari godaan syaithan yang
terlaknat, dengan mengucapkan "taawudz" yaitu ucapan:
َأَ عُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم
atau
أَ عُوْذُ بِاللَّهِ السَّمِيْعِ اُلعَلِيْمْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم

Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sulaiman bin Shard, beliau berkata, “Aku duduk bersama Nabi dan di hadapannya ada dua orang yang saling mencela, salah satu dari kedua orang tersebut telah memerah wajahnya dan urat lehernya tegang, maka

Rasulullah n bersabda:
إِنِّي لأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ: أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِن َالشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ
Aku mengetahui satu kalimat seandainya dia ucapkan niscaya akan
hilanglah gejolak yang ada pada dirinya, seandainya ia membaca:
أَ عُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم
(Aku berlindung pada Allah dari syaithan)
niscaya hilanglah amarah nya”.
(Mutaffaq Alaih)

2. Ajarkanlah ketika marah untuk berlatih diam dan tidak berbicara.
Karena ketika seseorang berbicara saat marah maka kemarahannya akan meledak-ledak Mengambil sikap diam ini diajarkan oleh Nabi:
إِذَا َ غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
"Apabila salah seorang di antara kalian marah maka hendaklah dia
diam!'
(Riwayat Ahmad)

3. Ajarkan pula tips dari Rasulullah yang lain ketika menghadapi marah: bersikap tenang, yaitu duduk apabila sedang berdiri, atau tidur terlentang bilamana sedang duduk.
Rasulullah n bersabda,
“Apabila salah seorang di antara kalian marah sedangkan dia berdiri
maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih
belum mereda maka hendaklah dia berbaring”
(Riwayat Abu Dawud)

4. Penangkal marah yang lainnya adalah berwudlu saat sedang marah,
sebagaimana sabda Nabi n:
اَلْغَضَنُ جَمْرَةً مِنْ نَارٍ فَاطْفِؤْهَا بِالْوْ ضُوْءِ
“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah dia dengan berwudlu”
(Riwayat Al Baihaqi)

5. Kenalakanbahwa derajat yang tinggi dan kedudukan istimewa akan diberikan kepada orang yang bisa menahan dirinya dari marah.
Rasulullah n bersabda:
Bukanlah kuat iut dengan mengalahkan musuh saat bergulat akan tetapi kuat itu adalah orang yang bisa menguasai dirinya tatkala marah”
(Mutaffaqun alaih)
Dalam riwayat lain dari Anas, beliau bercerita bahwa Nabi n
melewati sekelompok kaum yang saling bergulat, maka Rasulullah
bertanya, "Apakah ini?" Mereka menjawab, "Dia pegulat yang ulung
tidaklah seorang pun yang bergulat dengannya kecuali dia
mengalahkannya. Kemudian beliau berkata, "Tidakkah aku tunjukkan
pada kalian yang lebih orang yang lebih kuat darinya, yaitu seorang yang dizhalimi namun dia menahan kemarahannya kemudian dia mengalohkan orang yang menzhaliminya dan mengalahkan syaithon di dirinya serta mengalahkan syaithan saudaranya."
(Riwayat Al Bazzar)

6. Ajari salah satu doa agar dapat menahan kemarahan dan dari doa Nabi
أَسْأَلُكَ كَاِمَةَ اْلحَقِّ فِي الْغَضَنِ وَالَّرِضَا
"Ya Allah aku memohon kepadamu perkataan yang hak diwaktu marah dan ridha".
Demikian beberapa tips saat menghadapi kemarahan yang bisa kita ajarkan.
Semoga bermanfaat.

FOR A BETTER TOMORROW

For a better tomorrow-My favourite song

If you could change, the way that we live
What would we gain, and what we could give
What would we stand, from what would we hide
The future's within you, just look deep inside

For a better tomorrow, would you reach out your hand
Would you stretch out your arms as far as you can
If we all reach together, joining hands we can say
That a better tomorrow, depends on today

 What would we teach, and what would we learn
Who'd be left out, and who'd get a turn
Who would we praise, and who would we shame
Would we see how we're different or how we're the same

For a better tomorrow, would you reach out your hand
Would you stretch out your arms as far as you can
If we all reach together, to the world we can say
That a better tomorrow, begins with today

Reach out your hands
Reach out your arms as far as you can
If we all reach together, joining hands we can say
That a better tomorrow starts today

 For a better tomorrow, would you reach out your hand
Would you stretch out your arms as far as you can
If we all reach together, joining hands we can say
That a better tomorrow, depends on today

For a better tomorrow, would you reach out your hand
Would you stretch out your arms as far as you can
If we all reach together, to the world we can say
That a better tomorrow, begins with today