Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.

Saturday, October 15, 2011

10 cara agar di cintai ALLAH

Oleh: Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
Sesungguhnya sebab-sebab yang dapat mendatangkan kecintaan (dari Allah subhanahu wa ta'ala) ada sepuluh sebab:
1.Membaca dan mentadaburi Al-Qur'an, serta memahami makna-maknanya dan maksud yang terkandung di dalamnya

2.Mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala dengan menjalankan amalan-amalan sunat sesudah menyempurnakan amalan wajib

3.Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan, baik dengan lisan, hati, perbuatan mahu pun keadaan, kerana kadar kecintaan bergantung pada zikir


4.Mengutamakan apa-apa yang Allah cintai daripada apa yang engkau cintai ketika hawa nafsu sedang menguasai

5.Hati senantiasa menelaah dan memperhatikan nama-nama Allah dan sifat-sifatnya, dan mendalaminya di taman dan medan ilmu pengetahuan ini

6.Menyaksikan berbagai kebaikan dan nikmat Allah yang lahir dan batin

7.Merasa rendah dan tunduk hatinya di hadapan Allah, dan ini merupakan sebab yang sangat menakjubkan

8.Menyendiri (untuk beribadah) pada waktu turunnya Allah (ke langit dunia pada sepertiga terakhir dari waktu malam) dan membaca kitab-Nya, lalu menutupnya dengan istighfar dan taubat

9.Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah dengan jujur, mengambil buah yang baik dari perkataan mereka, dan engkau tidak berbicara kecuali jika nampak kuat adanya maslahat dalam berbicara dan engkau tahu akan menambah manfaat bagi dirimu dan orang lain

10.Menjauhi setiap sebab yang akan menjadi penghalang antara hati dengan Allah

Sikap Jujur Membawa Ke Syurga

AbuAqil Adnan

Jujur merupakan akhlak terpenting bagi seorang muslim dan merupakan asas tertegaknya agama ini.

Antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan ini ialah istiqamah dalam bersikap jujur dan berkata sesuatu yang benar. Kadang-kadang kita memilih untuk berdusta semata-mata ingin menutup aib diri, melepaskan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini sepatutnya dihindari kerana pendustaan yang pertama itu akan memerlukan kepada pendustaan yang seterusnya.

Baca dan hayatilah maksud hadis nabi ini yang bermaksud :

“Hendaklah kamu selalu jujur, kerana sesungguhnya jujur itu akan membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu akan membawa kepada syurga. Dan tidaklah seseorang selalu berkata jujur dan berusaha menetapi kejujuran, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang sangat jujur. Dan hendaklah kamu selalu menjauhi dusta, kerana sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada kemaksiatan, dan sesungguhnya kemaksiatan itu akan membawa ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berkata dusta dan selalu memilih pendustaan, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang pendusta [ Imam Muslim ]

Bersama-samalah kita berusaha untuk sentiasa bercakap benar, sentiasa bersikap jujur dan cuba menghindari dari melakukan pembohongan dan pendustaan. Jangan sampai kita dicop sebagai pembohong atau penipu kerana pasti sikap negatif itu akan menjerumuskan kita ke lembah neraka.
Sentiasalah berkata benar walaupun kadang kala terpaksa menerima impak negatif. Ini sesuai 
dengan Pepatah arab :

قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا

Berkata benarlah walaupun pahit.

Semog Allah SWT membimbing dan merahmati kita semua dan memimpin kita kepada perkara yang diredaiNya.