Aku solehah kerana si soleh.
Mungkin dahulu.
Aku begitu gigih berdoa dikurniakan si soleh.
Agar terang jalanku ke syurga.
Mungkin dahulu.
Kuat aku melaungkan, baitul muslim cuma tertegak dengan kesatuan si soleh solehah.
Agar generasi terkemudian diangkat menjadi pejuang agama.
Mungkin juga dahulu.
Aku solehah kerana ingin bermacam-macam.
Harus yang soleh!
Maka harus yang solehah.
Oh!
Aku tidak hidup kerana itu.
Bukan itu matlamat,bukan itu sebab aku dicipta.
Aku kini solehah cuma kerana Allah.
Biar yang soleh lansung tidak memandang.
Dan aku juga sudah tidak mahu memandang,juga dipandang.
Aku sudah tidak punya sebarang rasa.
Biar disenyapkan.
Biar didiamkan.
Biar hilang.
Malah aku yang perlukan Allah.