بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
ingatkah kita dahulu? semasa belajar subjek Sains semasa Darjah 4? proses percambahan biji benih??
apakah yang berlaku semasa percambahan biji benih? bila biji benih mendapat keperluan asasnya, dan biji itu sudah sampai pada masanya(lebih kurang 3 hari) maka TERBELAHLAH BIJI ITU, menjulurlah urat tunggang yang halus dari biji yang halus itu ke dalam tanah, maka ianya mulailah tumbuh.
sama lah juga dengan buah, dari mana pokok kelapa itu besar? iaitu dari buahnya sendiri. tempurungnya yang keras itu TERBELAH, kemudian tumbuhlah sesuatu urat dari buah itu, dari urat yang terkurung di dalam buah itulah akan tumbuh daun2, akan tumbuh batang yang keras dan pelepah.
bila kita dengar cerita bahawa ada anak lahir berkaki empat, kepalanya menyerupai kepala gajah, orang akan datang menyaksikan dan berkerumun di sana (macam semut ada gula), kerana kelahiran itu adalah ajaib dan luar biasa. kalau usia anak itu panjang, maka x berkerumunlah lagi, sebab dah tahu dan biasa. namun sebabnya tidak dapat diketahui, kecuali jika kita percaya akan yang ghaib.
jika kita lihat pecahnya tempurung yang keras, yang dibalut oleh sabut yg amat tebal, sedang di dalamnya ada urat (yang mana akan menjadi pokok). kemudian urat ini menembus dan memecahkan tempurung yang keras lalu hidup dan mempunyai batang yang lebih keras daripada tempurung yang mengurung urat itu tadi. BUKANKAH INI ADALAH JAUH LEBIH AJAIB?? lebih ajaib, lebih dahsyat dan lebih ajaib daripada kelahiran anak berkaki empat dan berkepala spt gajah tadi.
timbullah persoalan yg xpenah terjawab oleh ilmu dan filsafat, bagaimana ianya boleh tumbuh? jawapannya hanya Agama, Allahlah yang menumbuhnya!!
إِنَّ اللّهَ فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَى
"Sesungguhnya Allahlah pembelah buah dan biji" Al-An'am ayat 95
diulangkan sekali lagi, bahawa yang jelas, bila dilihat dengan jelas, bertambah jelaslah yang ghaib. Siapa yang membuat demikian ghaib?? KATAKANLAH "ALLAH!". Allahlah pembelah buah dan biji itu, sehingga iapun hidup.
يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَمُخْرِجُ الْمَيِّتِ مِنَ الْحَيِّ
"Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup." Al-An'am ayat 95
pada ayat ini pula, boleh diperhatikan melalui buah kelapa juga. seumpama buah kelapa yang sudah tua dan masak, terdapat padanya yang mati. manakala yang sudah hidup tetapi kdg2 menjatuhkan buah yang sudah mati. demikianlah dari yang mati, ada hidupan yang baru muncul, dan dari yang hidup, ada hidupan yang mati muncul.
contohnya ialah: dari ayam yang HIDUP mendapat telur yang MATI (I mean, telur x bergerak la). dan dari telur yang MATI akan menetas ayam yang HIDUP.
ذَلِكُمُ اللّهُ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ
"demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?" Al-An'am ayat 95
Benarlah kata seorang ahli fikir yang terkenal, iaitu Cresson, "Manusia tidak hidup dengan sendiri" ia mempunyai pencipta, dan pencipta itu harus mempunyai sifat TIDAK DICIPTA OLEH SESIAPA! siapakah itu? ALLAH!!
No comments:
Post a Comment