Buat para pembaca yang budiman
semoga dirahmati oleh Allah setiap masa.
Takdir,
atau penjagaan-Nya?
Itu perbincangan kali ini.
Tapi,
ia bukan satu perbincangan,
tapi,
lebih kepada satu perkongsian.
Perkongsian,
satu cerita mengenai seorang lelaki,
entah benar entah tidak,
tetapi bolehlah diambil iktibar,
bagi mereka yang celik hatinya,
kerana setiap kejadian,
pasti ada hikmahnya.
insyaAllah.
---------------------------
Lelaki ini seorang yang istimewa,
Tetapi, dia bukannya satu-satunya di dunia.
Masih ada segelintir manusia,
yang turut sama diuji oleh-Nya.
Melihat samada dia kuat atau lemah,
menerima ujian yang berat ini,
hanya insan terpilih sahaja,
yang layak memegang amanah ujian ini.
Ujian itu dikenali dengan nama,
HOMOSEKSUAL.
---------------------------
Ramai yang akan ketawa,
menghina golongan sedemikian.
Tapi, tahukah kita?
Betapa ramai yang menangis,
mengenang nasib yang menimpa diri.
Bagi yang sengaja mencari 'nahas',
usah diceritakan tentang mereka,
tahulah mereka menjawab di sana,
di hadapan Sang Pencipta.
Tapi bagaimana golongan yang diuji?
Diuji mempunyai perasaan cinta yang unik,
cinta kepada kaum sejenis.
Lelaki sesama lelaki,
begitulah perempuannya.
Adakah mereka dilaknat oleh Sang Pencipta?
------------------------------
Sedang aku menulis entri ini,
teringat satu kata-kata dari ustazku.
Katanya kita diuji dengan wanita,
mereka diuji dengan lelaki (bagi gay).
Besar GANJARAN yang akan diperoleh,
jika kita dapat menahan maksiat terhadap wanita,
dan alangkah BERUNTUNGnya bagi mereka,
jika mereka dapat menahan diri dari mengingati kekasih lelakinya.
-------------------------------
Kembali kepada kisah seorang lelaki tadi,
dia juga seorang akh,
mengikuti perkembangan tarbiyah.
Tetapi,
masih lagi muda,
tidak sampai dua tahun.
Tetapi,
semangatnya ingin berubah amat kuat,
sehingga kisah silamnya dapat dilupakan bila bersama para ikhwah yang lain.
Malang seribu malang,
apabila waktu cuti tiba,
ketagih homoseksualnya kembali.
Bila mana dia bertemu dengan seorang lelaki,
juga teman sepermainan dahulu,
sama-sama ketagih cinta satu sama lain,
dia pasrah akan kelemahan jiwanya.
Tapi dia tidak membiarkan nafsu menguasai dirinya,
pesanan murobbinya diimbas kembali,
mencari kekuatan iman di sebalik kegelisahan,
mencari cinta Ilahi di sebalik bisikan syaitan penggoda.
Malang sungguh malang,
wajah 'kekasih'nya masih kuat,
terus lekang di minda dan hatinya,
menjadikan nasihat para ikhwah bagai ditiup angin,
tanpa meninggalkan kesan dalam jiwa.
Jiwanya meronta,
memohon untuk dirinya berdo'a,
memohon ampun akan kelemahan diri,
memohon untuk diberikan kekuatan melawan nafsu.
Ikhlas tidak ada,
do'anya seumpama tidak dimakbul,
dia putus asa dengan permintaannya,
teringat olehnya,
bahawa Allah itu berdasarkan sangkaan hamba-Nya.
Dia cuba bersangka baik terhadap Tuhannya,
pasti Allah akan bantu,
tapi pekikan syaitan terlalu kuat,
sangkaannya terpadam tanpa kedengaran.
------------------------------
Syaitan membisikkannya,
cara untuk memuaskan hawa nafsu,
yang sering bergelora,
meminta dipenuhi,
sekian lama terseksa,
dalam sistem tarbiyyah.
Dia menarik 'kekasih'nya ke satu tempat,
yang jauh dari pandangan manusia,
tapi sudah tentu,
Allah itu Maha Mengetahui.
'Kekasih'nya seumpama boneka,
yang hanya menurut si dia,
ke mana sahaja ia dibawa,
kerana cinta yang terpendam.
Tiba di suatu tempat,
sama-sama tercengang,
memikir di mana harus dimulai,
sama-sama malu,
sama-sama segan,
sama-sama tahu ia satu dosa.
Dia menunggu 'kekasih'nya memulakan kata-kata,
begitu juga si kekasih,
sama-sama diam,
bersikap egoistik.
Selang beberapa minit,
si kekasih mengeluh kebosanan,
mungkin cuba menarik si dia untuk bertindak.
Syaitan resah,
kerana takut rancangannya gagal,
gagal menyatu dua insan yang suci,
yang cuba diselamatkan takdir? atau Ilahi?
Syaitan membisikkan sesuatu kepada si dia,
agar bertindak sebelum terlambat,
agar tidak menyesal kemudian hari,
agar nafsu dipenuhi.
-------------------------------
Tanpa membuang masa,
dengan hati terpaksa,
demi bisikan syaitan,
demi hawa nafsu tercinta,
dia bertindak melawan fitrah.
Dia bergerak menuju ke sebuah kerusi,
merebahkan badan di atasnya,
menunggu si kekasih lewat di situ.
Sekian seketika,
bila masa dan waktu yang sesuai,
bila si kekasih sudah berada di posisi strategik,
dia bangun dan memegang leher si 'mangsa',
berpura-pura dengan gaya bermesra.
Sedar atau tidak,
si kekasih mengizinkan perbuatan itu,
entah niat sebagai sahabat sepermainan,
atau sebagai bukti cintanya kepada si dia.
"Tak nak tidur di sini ke?"
Dia memecahkan suasana.
Menarik si kekasih untuk duduk di ribanya,
BAHAGIA,
itulah nikmat dunia sementara,
yang dirasai olehnya.
"Tak pasti lagi bapa bagi ke tidak tidur sini"
Si kekasih menjawab jujur,
mungkin kerana gugup,
atau... entahlah...
Hati si dia sedikit berdebar,
memikir aksi seterusnya,
cuba untuk memujuk si kekasih untuk bermalam dengannya.
Tapi,
dia tidak boleh menunjuk aksi yang menjelekkan,
adab mesti dijaga,
agar dihormati oleh si kekasih,
memandangkan dia lebih tua daripada si kekasih.
"Baiklah."
Jawab si dia sedikit sesal,
tidak mampu mencari ayat yang sesuai,
untuk memikat hati kekasih.
----------------------------------------
Akhirnya dia akur,
dan melepaskan si kekasih pergi,
menuju ke pangkuan keluarga.
Sayu melihat si kekasih,
menyesal di hati,
kerana tidak pandai bermain kata.
Kadang-kadang terpikir juga,
adakah ini takdir?
Atau penjagaan dari-Nya?
Setelah sekian dalam tarbiyyah?
Atau kebetulan sahaja?
Sungguh,
hatinya mengeluh kerana penyesalan.
Sungguh,
hatinya bersyukur kerana tidak bermaksiat.
Sungguh,
hatinya lebih kepada penyesalan.
Adakah imannya lemah?
Adakah kerana kurangnya keikhlasan dalam amalan?
Adakah kerana tiada khusuk dalam solat?
Adakah dosa membatasi pemaqbulan do'a oleh-Nya?
Hanya Allah yang tahu!
------------------------------
Ada kalanya,
kita inginkan sesuatu,
seperti lelaki tadi.
Tetapi gagal pada akhirnya.
Di matanya baik sekali,
penuh dengan kenikmatan jika impian tercapai.
Tapi,
di sisi manusia?
Di sisi Allah?
Di sisi para malaikat?
-na'uzubillahi min zaalik.
Firman Allah :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)
Kekadang,
tidak semestinya yang kita pandang itu baik,
betul-betul baik.
Kekadang,
tidak semestinya yang kita benci itu buruk,
betul-betul buruk.
Hanya Allah yang Tahu.
Bila satu-satu impian yang dikejar,
terbabas atau tidak tercapai,
usahlah risau,
kerana di situ pasti ada hikmah.
Ingat,
Allah tidak sekali-kali menzalimi hamba-Nya,
yang menzalimi hamba-Nya siapa?
Hamba-Nya sendiri.
Takdir atau Penjagaan-Nya?
Hanya Allah yang Tahu jawapan sebenar.
Bagiku,
jawapannya ialah kedua-dua.
Ini adalah satu takdir dari Allah,
kerana takdir itu indah.
Juga satu penjagaan Tuhan,
ke atas hamba-Nya yang berdo'a pada-Nya,
kerana Allah tidak pernah lupa pada hamba-Nya yang memohon.
"Ya Allah, jikalau aku berada dalam kegundahan memilih yang hak dan batil, maka aku serahkan diriku, jiwaku, nafsuku, dan segala milikku kepada-Mu agar Engkau menjaganya, kerna aku tahu, jika aku terus memegangnya, aku akan mempersia-siakan pemberian-Mu ini. Andai kata aku sudah terlanjur dalam maksiat, samada kecil atau besar, aku sedari atau tak, aku mohon Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku tersebut, ampunkanlah dosa-dosa dan perkara-perkara yang menjadi penghalang kepada makbulnya permintaan dan do'a ku Ya Allah. Rabbana zholamna anfusana, wa illam ta'fir lana wa tarhamna, lanakuunanna minal khoosirin (Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami serta tidak merahmati kami, nescaya kami akan menjadi salah seorang dari mereka yang rugi). Ya Allah, jika aku layak memohon satu hajat pada-Mu, aku mohon agar lelaki yang diuji oleh-Mu itu mendapat kekuatan untuk melawan hawa nafsunya. Semoga dia senantiasa mengingati-Mu dan senantiasa bermujahadah melawan hawa nafsunya. Ya Allah, bantulah ia... Ameen..."
eh .. nak iklan kejap ...............
eh .. nak iklan kejap ...............
Prinsip no " COUPLE " before nikah .. as long as single .. Aku milik ALLAH S.W.T !!!!
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
No comments:
Post a Comment