Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.

Monday, December 12, 2011

Indahnya Taubat,jika...

Ka'ab bin Malik
Seorang sahabat yang bernama Ka'ab bin Malik RA tertinggal dari perang Tabuk, hingga Nabi Muhammad SAW marah dan memerintahkan kaum muslimin agar memboikotnya selama lima puluh hari. Dan setelah lima puluh hari, Allah mengampuninya. Al-Quran datang dengan taubat Allah padanya. Ka'ab lantas memasuki masjid setelah ia diboikot lima puluh hari.
Lihat apa kata Rasulullah SAW setelah ia (Ka'ab) diboikot lima puluh hari,
"Wahai Ka'ab, bergembiralah menyambut hari yang paling indah setelah ibumu melahirkanmu,.. Allah tellah mengampunimu." 
[HR Bukhari dan Muslim]
Jika anda bertanya kepada seseorang,
"Apa hari yang paling indah bagi kamu?"
Apa yang dia akan katakan? Dia mungkin akan menjawab,
"Hari ketika aku berjaya.. hari ketika aku menikah.. hari itu dan ini."
Sesungguhnya ukhwah sekalian, memang itu semua benar hari yang indah. Tetapi, perlu kita sedar hakikat bahawa hari yang paling indah adalah ketika Allah mengampuni kita... dan ketika kita mengeluarkan maksiat yang memenuhi hati kita dan bertaubat kepada Allah.
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Indahnya ampunan

Perhatikanlah hadith ini,
Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"
Rasul menjawab,
"Ya. Akan ditulis"
Ia bertanya lagi,
"Bagaimana jika aku bertaubat?"
Rasul menjawab,
"Akan dihapus."
Ia berkata lagi,
"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"
Rasul menjawab,
"Akan ditulis."
Ia berkata lagi,
"Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?"
Rasul menjawab,
"Akan dihapus."
Lelaki itupun berkata,
"Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan menghapus?"
Rasul menjawab,
"Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."
[HR Thabrani dan al-Hakim]

kata-kata hikmah tentang sahabat




Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.Insya'Allah


Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak..Insya'Allah


Sahabat,Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG.


Sahabat,Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.


Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.


Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.


Sahabat,Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.


Sahabat,Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.


Sahabat,Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.


Sahabat,Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan..


Sahabat,jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkoraban demi sahabat kamu itu.jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.


Sahabat,Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu.


 Sahabat,Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya

Kehidupan: Untuk Kita Pendosa – Efek Dosa Kepada Hati

                         Jangan rosakkan kecantikan hatimu, dengan lumpur noda dosa 
                                     ~ picture by oo-rein-oo of Deviant Art.~


Dalam bab ini dan beberapa bab yang  mendatang, saya akan mengulang satu hadith yang masyhur.
“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” Hadith riwayat Bukhari.
Kerana kita akan membicarakan berkenaan efek dosa.
Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota.
Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang?
Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita.
Dosa. Menggelapkan jiwa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” Hadith riwayat Al-Baihaqi.
Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.
Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira.. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa.
Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa.

Sedangkan hati adalah raja.
Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir.
Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.
Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.
Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.
Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.

Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka
Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.
Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.
Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?
Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.
Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.
Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.
Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.
Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya.
Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya?
Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa?