Sebarang copy, pemindahan maklumat, tukar dalam apa-apa bentuk sama ada elektronik,gambar,rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada admin adalah HALAL.Ilmu itu hak Allah.

Monday, December 12, 2011

Indahnya Taubat,jika...

Ka'ab bin Malik
Seorang sahabat yang bernama Ka'ab bin Malik RA tertinggal dari perang Tabuk, hingga Nabi Muhammad SAW marah dan memerintahkan kaum muslimin agar memboikotnya selama lima puluh hari. Dan setelah lima puluh hari, Allah mengampuninya. Al-Quran datang dengan taubat Allah padanya. Ka'ab lantas memasuki masjid setelah ia diboikot lima puluh hari.
Lihat apa kata Rasulullah SAW setelah ia (Ka'ab) diboikot lima puluh hari,
"Wahai Ka'ab, bergembiralah menyambut hari yang paling indah setelah ibumu melahirkanmu,.. Allah tellah mengampunimu." 
[HR Bukhari dan Muslim]
Jika anda bertanya kepada seseorang,
"Apa hari yang paling indah bagi kamu?"
Apa yang dia akan katakan? Dia mungkin akan menjawab,
"Hari ketika aku berjaya.. hari ketika aku menikah.. hari itu dan ini."
Sesungguhnya ukhwah sekalian, memang itu semua benar hari yang indah. Tetapi, perlu kita sedar hakikat bahawa hari yang paling indah adalah ketika Allah mengampuni kita... dan ketika kita mengeluarkan maksiat yang memenuhi hati kita dan bertaubat kepada Allah.
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Indahnya ampunan

Perhatikanlah hadith ini,
Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"
Rasul menjawab,
"Ya. Akan ditulis"
Ia bertanya lagi,
"Bagaimana jika aku bertaubat?"
Rasul menjawab,
"Akan dihapus."
Ia berkata lagi,
"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"
Rasul menjawab,
"Akan ditulis."
Ia berkata lagi,
"Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?"
Rasul menjawab,
"Akan dihapus."
Lelaki itupun berkata,
"Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan menghapus?"
Rasul menjawab,
"Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."
[HR Thabrani dan al-Hakim]

kata-kata hikmah tentang sahabat




Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.Insya'Allah


Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak..Insya'Allah


Sahabat,Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG.


Sahabat,Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.


Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.


Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.


Sahabat,Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.


Sahabat,Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.


Sahabat,Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.


Sahabat,Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan..


Sahabat,jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkoraban demi sahabat kamu itu.jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.


Sahabat,Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu.


 Sahabat,Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya

Kehidupan: Untuk Kita Pendosa – Efek Dosa Kepada Hati

                         Jangan rosakkan kecantikan hatimu, dengan lumpur noda dosa 
                                     ~ picture by oo-rein-oo of Deviant Art.~


Dalam bab ini dan beberapa bab yang  mendatang, saya akan mengulang satu hadith yang masyhur.
“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” Hadith riwayat Bukhari.
Kerana kita akan membicarakan berkenaan efek dosa.
Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota.
Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang?
Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita.
Dosa. Menggelapkan jiwa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” Hadith riwayat Al-Baihaqi.
Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.
Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira.. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa.
Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa.

Sedangkan hati adalah raja.
Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir.
Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.
Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.
Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.
Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.

Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka
Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.
Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.
Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?
Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.
Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.
Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.
Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.
Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya.
Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya?
Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa?

Friday, November 11, 2011

Jadilah Manusia Rabbani

 سم الله الرحمن الرحيم                                            

كُونُوا رَبَّانِيِّينَ

"Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani"

[QS Ali 'Imran, 3:79]




Pelajarilah ilmu yang bermanfaat, kerjakanlah amal soleh, ajarkanlah hikmah kepada sesama, dan tabahkanlah hati dalam melakukan itu semua! Jika kalian telah melakukannya beerti kalian telah menjadi manusia yang rabbani.



Jadilah pelita dalam kegelapan, penganjur kebaikan, pencegah keburukan, penyebar keutamaan, dan pembuat kebaikan di muka bumi. Jadilah manusia yang dicinta oleh yang ada di langit, maka kalian telah menjadi manusia yang rabbani.



Ajarkan pengetahuan kepada manusia, sampaikan nasihat dengan cara yang baik, ajarkan mereka mencintai Tuhan dan akhirat dan serulah mereka mengesampingkan dunia; jika kalian semua ingin menjadi bijak, alim dan rabbani.



Rendah hatilah pada sesama, sayangilah manusia, cintailah makhluk hidup, tengoklah orang sakit, lepaskan belenggu penderitaan, berilah makan orang yang lapar, bersedekahlah kepada fakir dan miskin, berilah pertolongan pada orang yang kesusahan, dan bantulah orang yang teraniaya. Ini semua adalah perilaku orang yang rabbani.



Alangkah mulia dan terhormatnya kata rabbani! Kata yang besar di hati, besar diucapkan, besar di langit, dan besar di bumi. Akar kata "rabbani" adalah "rabb" ("tuhan"); Tuhan manusia dan Tuhan segala sesuatu. Dengan demikian kata "rabbani" memiliki akar kata kemuliaan dan keagungan. Oleh kerana itu, barang siapa memiliki sifat-sifat rabbani kemudian mendudukkannya sebagaimana mestinya, maka dia telah menjadi rabbani. Gelar ini adalah hal terbesar dalam biodata ulama itu. Dia tidak dikaitkan dengan kampung halaman dan tidak pula kepada kabilah, tetapi langsung dikaitkan kepada Allah, Tuhan (Rabb) semesta alam. Sebuah kehormatan yang besar da sifat yang lebih megah daripada datangnya fajar pagi.



Menurut sebahagian ulama salaf, rabbani itu sendiri adalah orang yang mengharapkan akhirat dan mengesampingkan dunia. Menurut pendapat lain adalah orang yang jika engkau melihatnya, engkau akan teringat kepada Allah dan apabila engkau bergaul dengannya engkau akan mengenal Rasulullah SAW. Pendapat lain mengatakan bahawa barang siapa membuatmu cinta kepada Allah, menyuruhmu bertakwa kepada-Nya, menunjukkan jalan kepadamu, dan mengentaskanmu dari keburukan, dialah manusia yang rabbani.



Manusia rabbani memiliki sifat ikhlas yang tidak dicemari oleh riya, memiliki sifat zuhud yang tidak terkotori oleh keserakahan, memiliki kejujuran yang tidak dicampuri dengan kobohongan, memiliki tekad meneladani Rasul yang tidak tercampur oleh bid'ah, dan menundukkan akal dan hawa nafsu kepada wahyu. Sudah merupakan suatu kewajipan bagi penuntut ilmu dan pengikut Rasulullah SAW untuk berusaha mencapai darjat rabbani dan keimanan dengan seluruh kekuatan yang mereka miliki.



Demi Allah, seseorang akan bangga jika namanya dikaitkan dengan seorang raja di muka bumi. Bahkan di antara mereka sudah merasa bangga jika dikaitkan dengan seorang menteri sahaja atau hanya keturunan penyair atau tentera yang pemberani. Jika demikian, bagaimana keadaan orang yang dikaitkan dengan sang Pemilik kerajaan langit dan bumi, Tuhan semesta alam? Demi Allah, jika telapak kaki ini harus terputus-putus untuk bejalan menghampiri redha-Nya dan pipi harus keriput kerana air mata khusyu' kepada Allah, nescaya itu semua akan terasa ringan.



[Dr. 'Aid bin Abdullah Al-Qarni, Nikmatnya Hidangan Al-Quran, m/s 253-254 (Maghfirah, 2005)]



+++



Itulah sedikit sebanyak mengenai pengertian rabbani. Insya-Allah, kita mohon doa kepada Allah SWT agar kita semua tergolong sebagai generasi rabbani dan juga generasi yang cuba dan melahirkan generasi rabbani yang akan menegakkan semula syiar Islam di seluruh alam. Amin..



Generasi yang bukan hanya seronok belajar kitab sahaja. Tetapi menjadi mereka yang turut menyebarkannya di seluruh alam. Bukan kerana mahukan pulangan dunia, tetapi hanya mengharapkan kesaksian daripada Allah, rasul-Nya serta orang-orang yang beriman.


مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

"Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah," tetapi (dia berkata), "Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!"

[QS Ali 'Imran, 3:79]



Friday, October 21, 2011

Hati sebagai sasaran utama dan pertama dalam pendidikan Islam

Bismillahirrahmanirrahim..

Titik awal dalam pendidikan Islam adalah masalah iman. Iman inilah yang terlebih dulu tertanam di jiwa para sahabat sebelum didatangi Al-Quran. Masalah iman ini tersangatlah penting kerana hanya orang-orang yang beriman sahaja yang dapat memanfaati Al-Quran. Al-Quran ini tidak akan dapat menyentuh hati kecuali hati kecil orang-orang yang beriman (mukmin).

Hakikat ini dijelaskan dalam Surah Taubah ayat 124-125 yang bermaksud...
'Dan apabila diturunkan satu surah, maka di antara mereka orang munafik itu berkata ,'Siapakah di antara kamu yang bertambahnya iman dengan (turunnya) surah ini? ' Adapun orang yang beriman , maka surah ini akan menambahkan iman mereka , sedang mereka rasa gembira.  Dan adapun orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surah itu bertambahlah kekafiran mereka disamping kekafiran mereka  (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir."


Dari ayat di atas, sekiranya kita ingin Al-Quran menyentuh hati kita dengan cara yang betul, dan mendapat manfaat darinya, jadi sangatlah perlu mengubati dahulu hati tersebut agar ia beriman dengan keimanan yang tulus pada Allah SWT. Seluruh perhatian perlulah dipusatkan pada usaha memperbaiki hati sebagai sasaran utama tarbiyyah; kegagalan berbuat demikian pada langkah awal akan mengakibatkan kegagalan pada strategi  tarbiyyah., kegagalan dalam mewujudkan peribadi Muslim sejati yang konsisten dalam mematuhi segala perintah Allah secara terus menerus!

Disamping itu, sesungguhnya kegagalan dalam memperbaiki hati mengakibatkan timbulnya pelbagai penyakit hati dan bahkan sering menimbulkan sikap berlebihan dalam amal perbuatan dan tindakan. Keadaan sebegini akan menyebabkan munculnya golongan manusia yang fasik, munafik, pendusta dan murtad disebabkan golongan mereka ini tidak mempunyai hati yang sihat.  Mereka ini ditimpa kehancuran duniawi dan ukhrawi kerana tidak berupaya merenungkan Al-Quran dan meresapinya dalam diri disebabkan hatinya yang berpenyakit!

Maka, apa yang penting bagi kita adalah memusatkan seluruh perhatian pada tarbiyyah jiwa sehingga hati tersebut benar-benar jadi sihat. Ini akan memudahkan perjalanan seterusnya menuju Allah disamping dapat menjaga hati dari godaan, tipu daya, bisikan dan fitnah syaitan sama ada syaitan berbentuk jin atau manusia.

Usaha yang bersungguh-sungguh dan serius sangat perlu untuk mendapatkan hati yang sihat. Sejak langkah pertama lagi kita mestilah memulai perhatian kita menghadap dan kembali pada Allah agar mencapai natijah mendapatkan hati yang sihat.

Penjagaan kita pada hati sepatutnya lebih kita titik beratkan dari menjaga perawakan dan penampilan diri kita. Kita korbankan  banyak wang ringgit, masa dan tenaga untuk nampak bergaya, smart dan menarik, pergi spa berjam-jam, pergi facial, pergi shopping memilih pakaian yang branded ....tapi kita tidak punya banyak masa nak menggilap hati kita menjadikan hati kita bercahaya, bersih dan sihat.........

Kita risau bila tubuh badan fizikal luaran kita sakit, kita cepat-cepat cari ubat dengan pergi ke doktor untuk mengetahui apakah masalah diri kita.....namun bila hati kita berpenyakit, tidak sihat....adakah kita cepat-cepat mencari ubatnya? Malah,  seringkali  manusia tidak menyedari hatinya itu tidak sihat dan berpenyakit!!

Apabila kita membicarakan tentang hati bukanlah bererti kita mengabaikan aktiviti berfikir......malah syarat utama untuk perbaiki hati kita perlulah ada ilmu pengetahuan, berfikir , bermakrifat  yang mana ia disertai dengan amal perbuatan dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

Kita perlu mengetahui cara memperbaiki hati kita supaya hati jadi sihat kembali seperti fitrah asalnya.  Hati yang berpenyakit  atau hati yang keras merupakan hasil godaan syaitan yang telah merasuk dirinya.  Jika kita ingin hati sihat semula kita perlu mengubah hati yang berpenyakit menjadi hati yang sihat dan hati yang keras menjadi hati yang khusyuk.

Dalam kehidupan dunia ini, hati kita seringkali dihujani dengan fitnah jiwa secara terus menerus. Berbagai ujian jiwa kita harungi setiap masa sehingga kadang-kadang kita berjaya menghadapinya dan kadang-kadang kita kecewa. Hati yang bagaimanakah yang dapat menolak fitnah tersebut?

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah perlunya kita membawa hati kita menuju kepada maqam keimanan dan cahaya yang tinggi. Pada tahap permulaan perbaikan hati,  betapa pentingnya zikir padaNya, iktikaf dan dan khalwat (menyendiri) yang dipenuhi dengan kegiatan ibadah seperti solat,  zikir dan menambah ilmu. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika beribadah selama beberapa malam di gua Hira sebelum datang wahyu pada beliau.  Begitu juga yang dilakukan oleh Nabi Musa yang berada di sebuah gunung  selama 40 malam.

Juga pada peringkat awal kedatangan Islam,  Rasulullah saw dan para sahabatnya di wajibkan solat malam selama hampir satu tahun untuk melalui proses  pensucian dan pembentukan hati generasi sahabat yang mulia itu. Perintah ini diturunkan dalam surah Al- Muzammil ayat 1-5 yang bermaksud....
" Hai orang-orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari kecuali sedikit (darinya), (iaitu) satu perdua atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit atau lebih dari seperdua itu.  Dan bacalah Al- Quran itu dengan perlahan-lahan.  Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu perkataan yang berat."


Proses pendidikan yang memfokuskan pada hati sebegini juga telah dilalui oleh para ahli sufi dan didapati mereka ini merupakan orang yang paling berjaya dalam mendidik manusia yang konsisten dengan perintah Allah SWT. Dan diantara amalan yang dimulakan adalah amalan untuk membersihkan hati   dengan banyak beristighfar pada Allah SWT. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud....
" Barangsiapa yang terbiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan kepadanya dari setiap kesulitan itu kemudahan dan dari setiap kesempitan itu jalan keluarnya, dan memberi rezeki padanya dari jalan yang tidak terduga." (HR Abu Dawud)


Amalan istighfar ini perlu diusahakan sebanyak mungkin sehingga ia menjadi akhlak kebiasaannya sehingga tercapai manafaat dari istighfar ini bagi mendapatkan cahaya hati. Disamping itu juga perlunya banyak berselawat pada Rasulullah saw kerana selawat ini merupakan jalan ter baik untuk memperoleh hati yang bercahaya.  Hadis Rasulullah ada mengatakan......
"Barangsiapa yang berselawat untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali." (HR Ahmad, Muslim dan Abu Dawud)

Sekiranya Allah berselawat untuk kita maka Dia akan mengeluarkan kita dari kegelapan menuju cahaya.

Sama-samalah kita renungi ayat-ayat Al-Quran ini dalam surah Al- Ahzab: 33-43 yang bermaksud.....
"  Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya ( memohonkan ampunan untuk mu) supaya dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya( yang terang).  Dan Dialah yang Maha Penyayang  kepada orang-orang yang beriman."

Untuk menjaga hati kita supaya sentiasa sihat , maka iman yang ada dalam jiwa perlu sentiasa dijaga dan dan diperbaharui.  Dalam satu Hadis Rasulullah saw yang bermaksud....
" Perbaharuilah iman kamu! Sahabat-sahabat bertanya," Bagaimana kami memperbaharui iman kami?" Rasulullah menjawab, " Perbanyakkanlah mengucap Laa ila ha illallah." (HR Ahmad, Al-Nasa'i dan Al- Hakim)


Juga, perlunya kita membiasakan diri dengan wirid dan zikir yang terus menerus seperti zikir matsurat yang disusun oleh Imam Hasan Al- Banna dimana didalamnya ada susunan zikir yang matsur dari Rasulullah saw, membaca Al- Quran sekurang-kurang satu juzu sehari, membiasakan qiyamulail, solat wajib berjemaah bagi lelaki, solat sunat Rawatib dan solat Dhuha.

Kebiasaan kita melakukan wirid dan zikir yang tersebut di atas sebenarnya kita memberikan ubat dan khasiat makanan kepada hati kita agar ia tetap dalam keadaan penuh keimanan yang kuat. Hati yang sihat sebeginilah hati yang bercahaya, bersih dan yang dapat meresapi kebesaran Allah dalam diri, insyaAllah. Hati sebeginlah yang ada kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab pada Allah dan menolak kemungkaran dari diri.

Namun apabila hati itu dibiarkan, tidak disirami dan dididik dengan ayat-ayat Allah, zikir padaNya , hati kecil  manusia itu akan cenderung pada bisikan syaitan jin  atau manusia dan dia akan menuruti bisikan itu ;  hati sebegini adalah hati yang berpenyakit  dan lama kelamaan ia menjadi semakin kronik yang menyebabkan si pemilik hati tersebut tidak beriman pada Allah dan  hari akhirat . Hakikat ini diperjelaskan dalam Surah Al- An'am ayat 113 yang bermaksud......
' Dan (juga) hati kecil orang -orang yang tidak beriman pada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu (bisikan syaitan jin atau manusia), mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan) kerjakan.' 


Rasulullah sering saw mengingatkan para sahabatnya supaya sentiasa menjaga keseimbangan dalam amal perbuatan , menjaga hati agar  tulus dan ikhlas untuk kembali pada Allah dalam kehidupan. Para sahabat Rasulullah merupakan generasi sahabat yang setelah sekian lama hidup dalam era jahiliyyah yang penuh dengan kesesatan dan penyelewengan; maka apabila mereka menerima kebenaran Islam lantas mereka mengambil Allah dalam kehidupan, menerima kehadiran Allah sebagai pengawal dan penguasa hidup mereka dan mereka sentiasa menempuh jalanNya walaupun berat dan sukar. Inilah sebenarnya bukti keikhlasan dan ketulusan jiwa kembali pada Allah!  


Perlunya kita mencontohi para sahabat ini dalam penyerahan hati untuk kembali pada Allah, Islam dan kebenaran.  Setelah puas berada dalam jahiliyyah yang penuh kesesatan, mereka menyerahkan seluruh jiwa dan raga mereka untuk Allah dan merasai nikmat berada dalam cahaya Islam!  Mereka tidak ingin kembali semula ke alam jahiliyyah setelah mendapat hidayah Allah. Inilah satu-satunya jalan yang dapat mencapai kepada kebahagiaan hidup yang hakiki. Dengan keyakinan inilah mereka tetap berada di atas jalan Allah walaupun terpaksa menghadapi rintangan , kesukaran dan tentangan dari kafir Quraish.


Kita perlu menempuh jalan yang sama, tarbiyyah sama untuk mendapatkan natijah yang sama. Sebenarnya tiada jalan lain yang seharusnya kita ikuti melainkan inilah satu-satunya jalan untuk kita 
lalui. Maka sama-samalah  kita mohon taufik dan hidayah padaNya supaya kita dapat berada di atas jalan yang lurus ini bersama-sama dengan kaum keluarga kita, anak-anak, suami-isteri kita ,sahabat handai kita.......InsyaAllah. 

Rujukan
Pendidikan Spiritual
Syeikh Said Hawwa

CINTA SEJATI-SATU PERJALANAN MAYA

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .

Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.

Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .

Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.

Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

______________

Saturday, October 15, 2011

10 cara agar di cintai ALLAH

Oleh: Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
Sesungguhnya sebab-sebab yang dapat mendatangkan kecintaan (dari Allah subhanahu wa ta'ala) ada sepuluh sebab:
1.Membaca dan mentadaburi Al-Qur'an, serta memahami makna-maknanya dan maksud yang terkandung di dalamnya

2.Mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala dengan menjalankan amalan-amalan sunat sesudah menyempurnakan amalan wajib

3.Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan, baik dengan lisan, hati, perbuatan mahu pun keadaan, kerana kadar kecintaan bergantung pada zikir


4.Mengutamakan apa-apa yang Allah cintai daripada apa yang engkau cintai ketika hawa nafsu sedang menguasai

5.Hati senantiasa menelaah dan memperhatikan nama-nama Allah dan sifat-sifatnya, dan mendalaminya di taman dan medan ilmu pengetahuan ini

6.Menyaksikan berbagai kebaikan dan nikmat Allah yang lahir dan batin

7.Merasa rendah dan tunduk hatinya di hadapan Allah, dan ini merupakan sebab yang sangat menakjubkan

8.Menyendiri (untuk beribadah) pada waktu turunnya Allah (ke langit dunia pada sepertiga terakhir dari waktu malam) dan membaca kitab-Nya, lalu menutupnya dengan istighfar dan taubat

9.Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah dengan jujur, mengambil buah yang baik dari perkataan mereka, dan engkau tidak berbicara kecuali jika nampak kuat adanya maslahat dalam berbicara dan engkau tahu akan menambah manfaat bagi dirimu dan orang lain

10.Menjauhi setiap sebab yang akan menjadi penghalang antara hati dengan Allah

Sikap Jujur Membawa Ke Syurga

AbuAqil Adnan

Jujur merupakan akhlak terpenting bagi seorang muslim dan merupakan asas tertegaknya agama ini.

Antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan ini ialah istiqamah dalam bersikap jujur dan berkata sesuatu yang benar. Kadang-kadang kita memilih untuk berdusta semata-mata ingin menutup aib diri, melepaskan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini sepatutnya dihindari kerana pendustaan yang pertama itu akan memerlukan kepada pendustaan yang seterusnya.

Baca dan hayatilah maksud hadis nabi ini yang bermaksud :

“Hendaklah kamu selalu jujur, kerana sesungguhnya jujur itu akan membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu akan membawa kepada syurga. Dan tidaklah seseorang selalu berkata jujur dan berusaha menetapi kejujuran, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang sangat jujur. Dan hendaklah kamu selalu menjauhi dusta, kerana sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada kemaksiatan, dan sesungguhnya kemaksiatan itu akan membawa ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berkata dusta dan selalu memilih pendustaan, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang pendusta [ Imam Muslim ]

Bersama-samalah kita berusaha untuk sentiasa bercakap benar, sentiasa bersikap jujur dan cuba menghindari dari melakukan pembohongan dan pendustaan. Jangan sampai kita dicop sebagai pembohong atau penipu kerana pasti sikap negatif itu akan menjerumuskan kita ke lembah neraka.
Sentiasalah berkata benar walaupun kadang kala terpaksa menerima impak negatif. Ini sesuai 
dengan Pepatah arab :

قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا

Berkata benarlah walaupun pahit.

Semog Allah SWT membimbing dan merahmati kita semua dan memimpin kita kepada perkara yang diredaiNya.

Saturday, October 1, 2011

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Umar RA berkata, “Aku mendengar Nabi Kalian besabda, 
“Sesungguhnya Allah mengangkat dan menurunkan suatu kaum dengan Kitab ini.” 
[HR Muslim]
ayat-ayat cinta yang agung
Kita telah mendapat bukti sejarah bahawa selama kita berpegang teguh kepada Al-Quran, selama itu pula kita akan meraih kemenangan; sebaliknya, selama kita meninggalkan Al-Quran, kita akan terhina. 
Pada abad ke-8 H, pengamalan Al-Quran pernah diabaikan. Maka datanglah kelompok ar-Rafidhah membonceng kekuatan Tartar dari Mongol dipimpin Genghis Khan. Dalam tempoh lapan hari, lapan ratus ribu orang tewas terbunuh, masjid-masjid luluh lantah, mushaf-mushaf Al-Quran dibakar, dan tentera Tartar membasmi anak-anak dan wanita kita! 
Kembalilah wahai generasi muda dan tetua umat kepada Al-Quran, kembalilah kaum lelaki dan wanita umat ini kepada Al-Quran! Hidupkan rumah kalian dengan Al-Quran, bangkitkan kalbu kalian dengan Al-Quran, dan ramaikanlah hati kita dengan Kitab Allah! Semoga Allah SWT jiwa kita dengan ayat-ayat-Nya, mengembalikan kita kepada Al-Quran dengan cara yang baik, dan memberi petunjuk kita ke jalan yang lurus. 
Allah SWT berfirman kepada kita dalam Kitab-Nya yang muhkam
“Dan berkatalah rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan.” 
[QS Al-Furqan, 25:30] 
Para ulama memberikan penjelasan bahawa megabaikan Al-Quran itu terdiri dari lima tingkatan: mengabaikan bacaan Al-Quran, mengabaikan penghayatan Al-Quran (tadabur), mengabaikan pengamalan Al-Quran, mengabaikan pencarian kesembuhan dari Al-Quran, dan mengabaikan Al-Quran sebagai sumber hukum bagi kehidupan manusia.

Tapi sejak bila pula anda 'membantu' Allah?

(input)
1.
Anda rasa,
apa tujuan anda belajar?
Atau tujuan anda mencari ilmu?
Ramai yang mengeluh,
"Aku tak diberi Hidayah lagi!"
dan dia juga mengeluh,
"Aku masih belum mampu!"
juga engkau terkadang mengeluh,
"Bestnyer kalau dapat jadi macam dia."
-----
2.
Orang yang tak pernah menghargai,
tak akan pernah dihargai!
Orang yang tak pernah taat,
tak akan pernah ditaati!
Orang yang tak pernah menghormati,
tak akan pernah dihormati!
Dan orang yang tak pernah memberi,
tak akan pernah 'diberi'!
-----
3.
Jika anda mencari ilmu untuk disimpan di dada semata-mata,
lebih baik anda ke kedai buku,
borong buku novel dan motivasi,
dan isikan di rak-rak buku di bilik anda.
Kemudian, TIDUR.
-----
(output)
1.
Orang yang berilmu,
tak pernah sama dengan orang yang beramal dengan ilmunya.
Orang yang membaca untuk mencari Hidayah,
tak akan sama dengan orang yang beramal untuk mencari Hidayah.
Orang yang melihat orang lain untuk menjadi orang yang bermampuan,
tak akan sama dengan orang yang mencuba untuk menjadi orang yang berkemampuan.
Orang yang mengeluh dengan takdir-Nya,
tak akan pernah sama dengan orang yang 'senyum' dengan takdir-Nya.
-----
2.
Jika anda mahukan Hidayah,
atau bercitakan menjadi orang yang berkemampuan,
juga berdoa agar diberi kekuatan hati untuk bersabar dan bersyukur dengan takdir-Nya,
hendaklah anda menghargai!
juga haruslah anda menaati!
dan juga mestilah anda menghormati!
dan tak dapat tidak wajiblah anda  'memberi' (hak-Nya).
Anda mahu Allah membantumu,
tapi sejak bila pula anda 'membantu' Allah?
-----
3.
Dan jika anda hanya mahu 'tidur' dengan ilmu,
lupakanlah untuk menjadi orang yang 'disegani' oleh para malaikat!
Renungan bersama.

Wednesday, August 10, 2011

Wahai Hawa, mudahnya mengaut pahala Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas hingga Ramadhan, merasai kemanisan beribadah, mengecapi nikmat bulan yang penuh barakah. Rugi kiranya jika semua ni disia-siakan walau sesaat. Allah…ingatan buat kita bersama. Mudahan Ramadhan ini mendidik kita menjadi hambaNya yang lebih taat dan bertaqwa.

Ana yakin, anda sudah cukup maklum dengan kelebihan yang terdapat dalam Ramadhan yang penuh barakah ini. Bagaikan tak terkejar dalam pelarian, tak tergapai dalam perhentian, tak terungkap dek kata-kata, tak terbayang dek minda betapa bertuahnya mereka yang berjaya mengecap manisnya Ramadhan dan berjaya memperoleh ijazah taqwa di pengakhirannya. Wanita juga tak terkecuali merasai semua nikmat ni, tak patut ketinggalan meraih ijazah taqwa yang dilaung-laungkan sejak dari awal Ramadhan bakal menjelang tiba. Sungguh, wanita sebenarnya telah diberikan peluang seluas-luasnya oleh Allah untuk turut sama mengaut pahala sebanyak-banyaknya di bulan yang mulia ini.

Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.” (maksud sepotong hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a)

Telah Allah buka pintu-pintu syurgaNya, meraikan kedatangan tetamu Ramadhan. Telah Allah buka seluas-luasnya pahala yang berlipat kali ganda buat mereka yang beramal hanya untukNya. Sayang kalau ada dalam kalangan kita yang ketinggalan. Sayang, kalau ada di antara kita yang tidak mengambil kesempatan ini walau dengan apa cara sekalipun untuk menikmati kemanisan ini bersama. Kaum Hawa  juga tak terkecuali untuk menerima jemputan Allah ini.

“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu).” (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)

Mudahnya Hawa merebut peluang untuk turut sama mengejar pahala dan amal ibadah di bulan yang penuh barakah ni. Siapa kata, cuti yang Allah kurniakan buat kita, hanya peluang untuk kita berehat-rehat? Siapa kata, cuti yang diberi ini hanya sekadar mampu untuk lidah dan jiwa berdoa dan berzikir? Siapa bilang, cuti yang istimewa ini menyekat tindakan-tindakan dalam beramal sepertimana mereka yang tidak memperoleh cuti.

Inilah hebatnya Allah yang Maha Hebat menciptakan Hawa. Inilah istimewanya Hawa, dalam rehat juga dia berpeluang merebut pahala yang sama nilainya dengan mereka yang tidak diberi cuti. Bagaimana agaknya kita berpeluang ‘bercuti’ dan pada masa yang sama ‘bekerja’ mengejar pahala di bulan Ramadhan ini.
Kembali pada maksud hadith di atas, ‘menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa’, siapakah golongan ini? Adakah hanya mereka yang menghulurkan sumbangan melalui masjid-masjid atau surau-surau? Adakah hanya mereka yang mengadakan majlis-majlis amal program berbuka puasa? Tidak, bukan hanya mereka…dari hadith ini, ana nampak kitalah yang dimaksudkan. Kita, ana dan anda…Kaum Hawa yang Allah ciptakan sangat hebat mampu bangun sahur bersama menyediakan juadah sahur buat keluarga, dan bila petangnya menyinsing lengan menyediakan juadah berbuka pula. Menyediakan makanan pun Allah bagi ganjaran pahala sama tanpa sedikit pun kurang dengan pahala orang yang berpuasa. Subhanallah, hebat kan !
Bertambah-tambah lagi pahala buat Hawa apabila dalam cutinya dia turut bangun menyeru ahli keluarga meningkatkan ibadah di sepertiga malam hari, dalam bercuti kudratnya bekerja menyokong ahli-ahli rumah untuk mengejar pahala ibadah yang Allah kurniakan di segenap pelosok ruang yang ada. Lebih hebat, jika ‘cuti’nya itu memotivasikan lagi mereka yang sedia ‘bekerja’ setiap saat untuk tidak lemah dan lelah dalam merebut pahala Ramadhan hingga ke pengakhiran.
Siapakah Hawa itu?
Kita, anda dan ana.

Mampukah ?

InshaAllah kita, anda dan ana mampu. Mudahnya kita, anda dan anaa mengaut pahala Ramadhan dan mudah juga untuk kita, anda dan saya menyiakannya. Pilihan di tangan masing-masing, selagi Ramadhan masih ada manfaatkan sebaik-baiknya.

Special Ramadan: Ya , kita memang tak sama !

 سم الله الرحمن الرحيم



~ Syaitan sudah diikat. Masih mengeluh? Berdoalah ~

"Kau tak pe lah. Ada basic agama, ada educational islamik punya.
Aku ni lain. Dari dulu sampai sekarang tak pernah belajar agama!
Kita tak sama!"


Menarik nafas dalam-dalam,
tahan,
hembus.
Ya. Kita memang tak sama.
Beza kita hanya satu,
aku ingin berubah,
kau TAK ingin berubah.
Tapi, kita sama-sama hamba Allah kan?
-----
Maka,
ambillah Ramadan kali ini,
untuk keluar dari gumpalan dosa-dosa.
Kau tak tahu ke,
Kau 'pendosa' yang diberi peluang oleh Allah,
untuk menikmati keagungan bulan Ramadan.
Sama-sama hapus dosa,
sama-sama kita dekati Allah.
Bezanya,
nak dan TAK nak saja.
Cuba renungkan artikel ini:
Seorang Pendosa yang Memasuki Ramadan
by Hilal Asyraf of LangitIlahi

Tilawah dan Ramadan

سم الله الرحمن الرحيم



Pasti kita semua sudah tahu sabda Rasulullah SAW ini: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” Kerana itu Rasulullah SAW memperbolehkan kita untuk iri kepada mereka. “Tidak boleh iri kecuali kepada dua orang, yaitu orang yang dianugerahi Al-Qur’an oleh Allah, lalu ia membacanya ketika menunaikan shalat di waktu malam dan siang hari; dan orang yang diberi harta lalu ia menyedekahkannya di waktu malam dan siang hari.”


Tentu saja rasa iri yang dimaksud Rasulullah SAW bukan dalam bentuk ekspresi negatif, tapi meniru apa yang dilakukan oleh manusia-manusia terbaik itu: belajar dan mengajarkan Al-Qur’an. Bahkan Rasulullah SAW sangat menghargai orang yang berusaha mengikuti jejak orang-orang terbaik itu meski belum sempurna dalam membaca Al-Qur’an. Kata Rasulullah SAW, “Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia pandai membacanya, beserta para malaikat pembawa catatan amal, yang suci dan berbakti. Dan orang yang membaca Al-Qur’an dengan gagap dan ia kesulitan dalam membacanya, maka ia mendapatkan dua pahala.”


Rasulullah SAW juga menimbang seseorang dari kedekatannya dengan Al-Qur’an. Beliau membuat perumpamaan, “Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah atrujah, baunya harum dan rasanya enak. Dan perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah kurma, ia tidak beraroma tapi rasanya manis. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti bunga wangi-wangian, baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah hanzalah, ia tidak beraroma dan rasanya pahit.”


Dikali yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahwa, “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada sedikit pun Al-Qur’an, maka ia bagaikan rumah yang rusak.” Karena itu, Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita untuk senantiasa berinteraksi dengan Al-Qur’an baik sendiri maupun bersama-sama. Rasulullah SAW bersabda, “Jika suatu kaum berkumpul di dalam satu rumah Allah dan membaca Al-Qur’an serta mempelajarinya secara bersama-sama, niscaya turun ketenangan kepada mereka. Mereka dilingkupi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut mereka kepada makhluk-makhluk-Nya yang ada di sisi-Nya.”


Tidak hanya di dunia bekas interaksi kita dengan Al-Qur’an kita rasakan. Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari Kiamat akan didatangkan Al-Qur’an dan para ahlinya yang ketika di dunia mengamalkannya. Mereka didahului oleh surat Al-Baqarah dan Ali Imran, keduanya membela orang-orang yang membaca dan mengamalkannya.”


Dan, surga tingkat apa yang akan kita tinggali di akhirat nanti pun ditentukan oleh banyak sedikitnya hafalan Al-Qur’an kita. Rasulullah berkata, “Ketika di surga dikatakan kepada orang-orang yang hafal Al-Qur’an, ‘Bacalah, naiklah dalam derajat surga dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya di dunia, sesungguhnya kedudukanmu adalah di akhir ayat yang engkau baca.”


Karena itu Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita untuk menjaga hafalan Al-Qur’an. “Selalu jagalah Al-Qur’an ini, demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sungguh Al-Qur’an itu lebih mudah lepas daripada unta yang ada dalam ikatannya.” Rasulullah SAW menegaskan bahwa, “Sesungguhnya orang yang hafal Al-Qur’an bagaikan pemilik unta yang terikat. Jika ia selalu menjaganya, maka ia memegangnya. Sedangkan jika membiarkannya, maka unta tersebut akan lepas dan kabur.”


Pahala Tilawah di Bulan Ramadhan


Di bulan Ramadhan ini kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa dengan ihtisaban seperti dalam sabdanya, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuhi keimanan dan ihtisaban, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Ihtisaban maksudnya penuh perhitungan. Berhitung seperti seorang pedagang mengkalkulasi berapa keuntungan yang ingin didapat dari dagangannya. Kenapa Rasulullah SAW meminta kita berhitung dalam berpuasa di bulan Ramadhan? Kerana Ramadhan bulan mega bonus!


Kita tentu sudah tahu bahwa membaca Al-Qur’an satu huruf akan diberi pahala oleh Allah SWT 10 point. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an, maka ia mendapatkan satu kebaikan, dan satu kebaikan sebanding dengan sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miimadalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.”


Tapi, khusus di bulan Ramadhan pahalanya dilipatgandakan oleh Allah menjadi 70 kali lipat. Setidaknya hal itu di surat pada hadits cukup panjang ini. “Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan buka kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikit pun.”


Kemudian para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kami memiliki makanan untuk diberikan sebagai buka orang yang berpuasa.” Rasulullah SAW berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan buka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan), dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”


Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Al-Ash-habani dalam At Targhib. Namun, didhaifkan oleh Al-Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib dan Dhiya Al-Maqdisi di Sunan Al-Hakim. Al-Albani dalam Silsilah Adh-Dhaifah mengkategorikan ini hadits munkar.


Jika kita tidak bisa menggunakan kelipatan pahala 70 kali atas tilawah yang kita kerjakan di bulan Ramadhan, mungkin kita bisa menggunakan hadits shahih yang diriwayatkan Imam Muslim ini: “Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.”Kemudian Rasulullah SAW menjelaskan, “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.”


Jadi, ketika membaca ayat pertama surat Al-Baqarah yang terdiri dari 3 huruf, yaitu alif lam mim, kita punya potensi mendapat puasa antara 3 x 10 = 30 sampai 3 x 700 = 2.100.


Menurut penelitian Imam an-Nasafi yang dicatatkan dalam kitab Majmu Al-Ulum Wa Mathli’u An-Nujum dan dikutip Imam Ibn Arabi dalam mukaddimah Al-Futuhuat Al-Ilahiyah, Al-Qur’an terdiri dari 30 juz, 114 surah, 6.236 ayat, dan 1.027.000 huruf. Jadi, jika berhasil mengkhatamkan tilawah Al-Qur’an sekali saja, kita akan dapat pahala sebesar 1.027.000 x 700 = 718.900.000.


Rasulullah SAW memberi batas bawah bagi seorang muslim dalam hal tilawah adalah minimal khatam Al-Qur’an sekali dalam sebulan. Tapi, muslim yang cerdas tentu tidak merasa cukup Cuma khatam sekali di bulan Ramadhan. Kalau cuma sekali ya rugi karena tidak beda dengan bulan-bulan yang lain. Jadi, harus bisa khatam lebih dari dua kali.


Terlebih lagi ketika Lailatul Qadar. Jangan sampai tidak tilawah di malam itu. Allah SWT menyatakan bahwa nilai Lailatul Qadar lebih baik daripada 1.000 bulan atau setara dengan 354.000 kali malam biasa. “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.”


Berapa pahala yang bisa kita peroleh jika membaca 1 juz Al-Quran pada saat Lailatul Qadar? Jika kita asumsikan jumlah huruf dalam setiap juz sama, maka angkanya kira-kira 1.027.000 : 30 = 34.233 huruf. Jumlah potensi pahala yang bisa kita dapat di malam itu adalah 34.233 x 700 x 354.000 = 8.482.937.400.000. Subhanallah, angkanya triliunan!


Surat Al-Qadr turun karena suatu saat Rasulullah SAW menceritakan kepada para sahabat tentang seseorang dari Bani Israil yang berjuang fii sabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Laki-laki itu selalu beribadah pada malam hari hingga pagi dan di siang harinya berjihad memerangi musuh.


Para sahabat kagum sekaligus iri kepada lelaki itu. Allah memberi kesempatan kepada lelaki itu selama 1.000 bulan untuk konsisten beribadah dan berjihad. Sementara, para sahabat banyak yang masuk Islam pada umur tidak muda lagi. Sementara potensi usia hidup umat Nabi Muhammad SAW hanya 60 tahun. Jadi, para sahabat merasa tidak mungkin menyamai ibadah yang dilakukan oleh lelaki dari Bani Israil yang diceritakan Rasulullah SAW.


Allah Maha Adil. Allah SWT memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW. Jika kita beribadah saat Lailatul Qadar, Allah SWT menggandakan nilainya menjadi 354.000 kali lipat. Tilawah satu juz dapat pahala 8.482.937.400.000. Kalau 3 juz, 25.448.812.200.000 ! Maka merugilah orang yang tidak memperbanyak tilawah saat Lailatul Qadar.

Monday, August 8, 2011

Muhasabah Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم



Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki.

Pada nafsu yang diletur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat terawih
Apakah semuanya telah dimiliki.

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyikap hijab antata hamba dengan Ilahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih tahap lama

Lalu munasabah di penghujung ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid,bertakbir,bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan pada-Nya hanya takdir

JOM CHECK + PERBAIKI AMALAN KITA

سم الله الرحمن الرحيم



Jom sama2 check + perbaiki amal2 kita utk spanjang bulan Ramadhan ini & teruskan istiqomah untuk masa2 akan datang juga...

++++++++++++++++++++++++++++++​++++++++++++++++++++

4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
2.Solat sunat Tahajjud.
3.Solat sunat Hajat
4.Solat sunat Witir

5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke kelas. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Cuba pertahankan solat tarawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

++++++++++++++++++++++++++++++​++++++++++++++++++++

Perkongsian dr s'orang sahabat utk d sampaikan kpd sahabat2 yang lain..
Smoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..InshaAllah.

||Selamat m'jalani ibadah puasa||(^^)
 
Salam ukhwah fillah,

Taubat, dan teruskan ber-Taubat!

سم الله الرحمن الرحيم   

Di kala pesat arus kehidupan dengan pelbagai ronak dan cabaran. Kadang kala kehidupan kita dipenuhi dengan debu-debu dosa. Begitu juga diri saya sebagai hamba yang sentiasa melakukan dosa namun setiap dosa yang dilakukan perlulah kita sedari dan menyesal maka segera TAUBAT.


"Ya ALLAH... Aku bertaubat padaMU.
Rasa diri ini hina dan malu kepada Allah.
Sebagai manusia sudah menjadi fitrah untuk melakukan dosa. Akibat terlalu ikutkan hawa nafsu, mungkar dijadikan pilihan. Biarlah perkara itu tidak berulang lagi. Rasa diri seolah-olah munafik dan hipokrit dalam masyarakat sekeliling. Jauhilah aku daripada azabmu. Amin...", SDR. Fauzan


"BERSIHKAN LAH JIWA DAN DIRIMU DARIPADA DEBU-DEBU DOSA"

Taubat ialah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat ataupun mungkar. Setiap insan yang lahir ke dunia ini tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan sepanjang kehidupan dari baligh sehinggalah menghembus nafas terakhir.

Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Saya serta saudara/saudari pernah melakukan kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan Allah sendiri. Apabila kita melakukan kesalahan segeralah mengingati Allah dan insaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya.
Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."


Ingatilah Allah. InsyaALLAH, Allah sentiasa mengingati hamba-hambaNya yang beriman dan berzikir kepadanya

Di bulan pengampunan, Ramadhan yang "Syahrul Maghfirah" ini adalah saat yang tepat untuk kita bertaubat. Bagi yang sudah bertaubat mari memperbarui taubatnya dan yang belum taubat mari bergegas kepada ampunan Allah.

10 hari kedua bulan Ramadhan merupakan masa maghfirah (ampunan) sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Abu Haurairah "Ramadhan, awalnya Rahmah, pertengahannya Maghfirah, dan akhirnya dibebaskan dari api neraka" (H.R. Ibnu Huzaimah).

Selamat menjalankan ibadah puasa.


Memetik hadis,
yang dipungut dari e-book 'Taubat',
tulisan Yusuf Al-Qardhawi:

Dari Abi Hurairah r.a. bahwa ia mendengar Rasulullah Saw bersabda:
"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku'. Tuhannya berfirman: 'hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Tuhan-pun mengampuninya'. Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku'. Tuhan-nya berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya', maka Tuhan-pun mengampuninya. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku'. Tuhan-nya berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya'. Maka Tuhannya berfirman: 'Aku telah berikan ampunan kepada hamba-Ku, dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu".

[Hadits diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.]

Redaksi: 'falya'mal ma syaa' "silakan ia melakukan apa yang ia mahu" maknanya adalah -- wallahu a'lam--: selama dia melakukan dosa dan beristighfar kemudian diampuni, dan ia tidak melakukan dosa itu lagi. Dengan dalil redaksi: "kemudian ia melakukan dosa lagi" maka ia dapat melakukannya lagi jika itu merupakan perangainya, sesuai kemauannya. Karena ia, setiap kali ia melakukan suatu dosa maka taubat dan istighfarnya menjadi penghapus dosanya itu, dan ia tidak mendapatkan celaka. Tidak kerana ia melakukan suatu dosa, kemudian ia beristighfar dari dosanya itu dengan tanpa berusaha membebaskan dirinya dari kebiasan buruknya itu, kerana itu adalah taubat orang yang suka bohong.

---------


Dalam taubatmu itu,
berusahalah untuk keluar!